Monday, December 26, 2011

Kahwin..adakah ia pelengkap iman?


assalamua'laikum semua..
arini aku nk membicarakan tentang perkahwinan
ye la
byk kot kwn2x aku yg dah kahwin
dah ade anak pon ade
yang nk kahwin pon ade
huhu



Tajuk entri ni wujud sbb aritu aku ade terbace yang mana ade seseorg itu cemburu krn kwn2xnya telah berkahwin dan cemburu tu bkn sbb dia takde calon ke ape sbb dikatakan bahawa kahwin itu ia sudah dianggap sebagai pelengkap iman yang mana apabila seseorang itu berkahwin maknanya satu kewajipannya yg dituntut yg merupakan sunnah nabi muhammad s.a.w telah lengkap..(tapi kalo solat 5 waktu yg merupakan tiang agama pon tak cukup lagi..lengkap iman ape ye tu? hahaha...) 

ok aku bersetuju dgn pandangan org tu tp sbg seorang manusia ada juga part yg aku tak setuju pasal kahwin ni...

PERKAHWINAN ia mungkin dianggap sbg satu kelebihan bg lelaki yg mana mereka dpt menyalurkan nafsu mereka dgn cara yg HALAL dan betul..ok..itu aku setuju...

tp INGAT ada jugak bebanan dan KEWAJIPAN yg perlu ditanggung oleh seorang LELAKI iaitu satu TANGGUNGJAWAB yg besar di mana seorang LELAKI itu perlu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang KETUA KELUARGA yg perlu membuat keputusan yg BETUL dalam menghadapi setiap masalah yg bakal MELANDA sesebuah perkahwinan itu. KUASA TALAK juga terletak ditgn LELAKI...jd, TALAK ini tidak boleh dianggap sebagai SATU GURAUAN yang mana apabila ia JATUH, maka PENCERAIAN juga akan berlaku..oleh itu, sebagai seorang LELAKI...kamu harus membuat pertimbangan yg betul agar dpt MEMIMPIN dan MEMBIMBING keluarga supaya sesebuah keluarga itu menjadi sebuah keluarga yg harmoni dan bahagia bkn sahaja di DUNIA tetapi juga di AKHIRAT kelak..dilihat di sini bahawa aspek dari segi KETEGUHAN AGAMA itu sendiri merupakan satu aspek PENTING dlm membina sebuah KELUARGA yg BAHAGIA...dgn adanya PEGANGAN AGAMA, secara tidak langsung mereka ini akan FAHAM DENGAN SENDIRINYA apakah TANGGUNGJAWAB mereka sebagai seorang SUAMI bkn sahaja tanggungjawab terhadap ANAK2x..tetapi juga terhadap seorang ISTERI...


pada PEREMPUAN
apakah kesannya?
hahahaha...yg ni aku rase aku nk merepek lebih la..sbb aku kan  perempuan...hohoho~
ok..
bagi PEREMPUAN pula, adakah aspek CINTA itu menjadi satu aspek yg paling PENTING? aku rase ya tp sampai bila CINTA itu akan berputik? sampai bila dia akan SAYANG kita? persoalan di sini adalah SAMPAI BILA? benarkah si DIA yg kita CINTAI akan CINTA kita sampai MATI? kalo dah namanya MANUSIA...mesti akn berubah pada bila2x masenye la..huhu..sebab KAHWIN ni bkn saje2x je taw..ia sekali SEUMUR HIDUP..jd, dah pikir masak2x utk hidup bersamanya SELAMANYA? huhu...bg aku aspek yg paling penting dalam memilih pasangan terutamanya SUAMI adalah seorang yg BERPENGANG PADA AGAMA dan juga seorang yg sgt BERTANGGUNGJAWAB..tolak tepi yg HENSEM, MACHO dan SEBAGAINYA..sbb dgn HENSEM dan MACHO tu sure ke dia boleh menjalankan tanggungjawab sbg SEORANG SUAMI apabila dia berkahwin dgn kita KELAK? kalo boleh ALHAMDULILAH...
dari pengalaman aku yg aku dgr dan lihat (aku tak kahwin lagi taw..hahaha) KAHWIN ni kan sbnrnye pon byk ssh kat PEREMPUAN juga sbb bg perempuan (bg aku je kot) perkahwinan ni adalah satu PERHITUNGAN HIDUP..yg mana ia menentukan kita dpt menghadapi segala dugaan dlm perkahwinan atau tidak krn bile seorang perempuan itu kahwin, yg paling penting bg seorang perempuan itu adalah SUAMI dan bkn ibu bapanya lagi..kan byk surah2x dlm AL-QURAN yg menyatakan TANGGUNGJAWAB SEORANG ISTERI KPD SUAMI dan SYURGA ISTERI pula terletak di bawah telapak kaki SUAMI:


Firman ALLAH swt. yg bermaksud: " Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka" ( al-Nisa :34) 

Oleh itu, seorang perempuan apabila berkahwin haruslah melayan serta mendgr kata2x suami, tidak melawan suami dan sbgnya (kan byk KEWAJIPAN SEORANG ISTERI TERHADAP SUAMI) tetapi ini bergantung la..takkan dah kene DERA pn nk REDHA je kan...sbb seorang ISTERI pn ade HAK2xnya yg tersendiri (nk taw gi MAHKAMAH SYARIAH @ google saja..huhu)

Sebab tu lah PEREMPUAN juga tidak terkecuali utk memilih dan juga memikirkan LELAKI yg sesuai utk hidup bersamanya disepanjang kehidupannya..sbb TANGGUNGJAWAB itu penting slps KAHWIN..cinta itu penting gak tp TANGGUNGJAWAB lagi penting..sbb jika tersalah pilih nnti merana hidup..takkan semua perempuan yg nk kene TANGGUNG? dah la yg MELAHIRKAN anak pun perempuan..saket taw lahirkan anak tu..bkn sng nk mengandung dan melahirkan anak..pastu takkan perempuan je yg jage anak sorang2x..yg BESARKAN anak sorang2x? mane tanggungjawab seorang suami utk membesarkan hasil benih yg dipupuk secara bersama? BUAT nk SAME2x tp tanggung ISTERI SORANG je? pastu senang2x cari ORANG LAIN? jgnlah begitu..hargailah pengorbanan seorang ISTERI wlpn dia TIDAK BEKERJA (SURI RUMAH) sbb byk jugak peranan seorang ISTERI dalam mengatur kehidupan seorang SUAMI dirumah..mkn, pakai masak, kemas rumah dan sbgnya..byk taw..huhu..

tp PEREMPUAN iaitu ISTERI juga perlu ingt..jgn la mengeluh dgn kerja yg kite kene wat ni..kan itu dah jadi KEWAJIPAN seorang ISTERI..hoho~

Selain itu, memilih seorang yg BEKERJAYA dan BEKERJA sebagai SUAMI juga penting supaya hidup tu xde la PEREMPUAN yg tanggung semua kan...tiada istilah takpe aku tolong2x sikit je..tp kan sbnrnye..tolong itu perlu gak tp ade la had2xnya..takkan sampai KERETA, RUMAH, PERBELANJAAN anak2x semua ISTERI yg wat n KENE BAYAR..jd di mana TANGGUNGJAWAB seorang SUAMI di sini..jd sbb tu la dlm AL-QURAN pn ade menyebut..CARILAH yg SEKUFU..ape yg telah termaktub dlm AL-QURAN tu semuanya benar dan ade sebab musababnya yg tersendiri kan...krn ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALANYA..

Jadi kpd sesiapa yg mahu berkahwin..kahwinlah sbb itu adalah satu tuntutan agama tetapi ingt jgn membuta tuli sbb apa yg AGAMA kita dah tetapkan dan segala panduan mencari suami dan isteri yang telah termaktub di dalam AL-QURAN tu dah betul dah..tinggal kita sbg manusia utk menganalisis dan mengaplikasikannya..kpd yg dah berkahwin tu ALHAMDULILAH..smg ALLAH memberi segala limpah rezeki dan rahmatnya kpd kamu..jgn sesekali mengeluh dgn segala yg terjadi di dalam perkahwinan kita tu..anggap semua itu dugaan tuhan.. kita manusia kan ada PENCIPTA yg LEBIH MENGETAHUI....DIA lebih tahu mengapa perlu kita hadapi segala ujian tersebut.

Segala yg baik itu dtg daripada ALLAH dan yg BURUK itu dtg dari diri aku sendiri..aku bkn ustazah dan aku cume manusia biase je yg selalu lakukan kesalahan same je mcm org lain..huhu..kalau ade yg tak setuju dgn pendapat aku atau ade sebarang cadangan, sila komen..aku tak kesah pn komen tu negatif atau positif...marilah same2x kita memperbaiki diri kita menjadi seorang manusia yg lebih baik..wallahua'lam~












2 comments:

ainiey said...

kahwin pelengkap iman??..

macam tak kena je kedua-dua variables tu..yang mana satu independent dan dependent?..muehehehhe..**mood tesis**gelak guling-guling**

nak tahu lengkap ke tak iman kena rujuk RUKUN IMAN la.. :)

~~faizatul akma~~ said...

hehehe =)