Showing posts with label ReLiGious~~. Show all posts
Showing posts with label ReLiGious~~. Show all posts

Friday, November 4, 2011

Kumpulan Nasyid indie: MiSK

ade org ckp susah nk cari info pasal group ni
yup
mmg sgt susah
aku nk download lagu ni pn ssh gak..huhuh
ni ade sedikit informasi pasal kumpulan ni


MISK KASTURI ENTERTAINMENT telah ditubuhkan pada 5 Mei 2008 untuk memenuhi wawasan dan misi kumpulan nasyid MISK bagi meluaskan lagi empayar industri nasyid tanahair di samping melebarkan sayap dakwah kepada kumpulan sasaran yang lebih luas dan global. Dengan izin Allah s.w.t., semangat dan kesungguhan pihak pengurusan dan kakitangan untuk mewujudkan satu konsep NASYID BERMOTIVASI selaras dengan motto syarikat iaitu Penyalur Tarbiyah Ummah akan menjadi suatu momentum yang kuat ke arah kejayaan MISK KASTURI ENTERTAINMENT yang diharapkan.

































semua ni di copy n paste pada blog kumpulan nasyid MiSK



p/s: hurm..baru perasan ade 4 org je biodata ni...ni di copy terus dari blog kumpulan ni...myb mase tu yg sorg g tu tak masok g kot..hehehe

Tuesday, November 1, 2011

Jodoh dan Takdir~



Ya Allah
tenangkanlah hatiku
dgn segala ketentuanMU
sesungguhnya KAU maha mengetahui
Pasrahkanlah hatiku dgn segala TakdirMu Ya Allah

Kurniakanlah seorang yg menyintaiku
bkn krn rupa dan juga nafsu
tp krn
CINTANYA YANG HANYA KEPADAMU
YA ALLAH

Kurniakanlah kpdku seseorg yg boleh membimbing aku ke jalan keredhaanMU~

Monday, October 10, 2011

~Asking for forgiveness~



اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَمَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ

Allahumma anta Rabbi la ilaha illa anta, Anta Khalaqtani wa ana abduka, wa ana 'ala ahdika wa wa'dika mastata'tu, A'udhu bika min Sharri ma sana'tu, abu'u Laka bini'matika 'alaiya, wa Abu Laka bidhanbi faghfirli innahu la yaghfiru adhdhunuba illa anta

(O Allah! You are my Lord! None has the right to be worshipped but You. You created me and I am Your slave, and I am faithful to my covenant and my promise as much as I can. I seek refuge with You from all the evil I have done. I acknowledge before You all the blessings You have bestowed upon me, and I confess to You all my sins. So I entreat You to forgive my sins, for nobody can forgive sins except You.)


*****************************************************

Narrated Shaddad bin 'Aus: The Prophet said, "The most superior way of asking for forgiveness from Allah is: 'Allahumma anta Rabbi la ilaha illa anta. Khalaqtani wa ana 'abduka, wa ana 'ala 'ahdika wa Wa'dika mastata'tu abu'u Laka bi ni 'matika wa abu'u Laka bidhanbi; faghfirli fa'innahu la yaghfiru-dh-dhunuba ill a ant a. A'uidhu bika min sharri ma sana'tu.' If somebody recites this invocation during the night, and if he should die then, he will go to Paradise (or he will be from the people of Paradise). And if he recites it in the morning, and if he should die on the same day, he will have the same fate. (Sahih Bukhari)

Thursday, June 2, 2011

Ceritera Kisah Hati~


Hurmm...
duduk
diam
dan terus berfikir


sepanjang 23 tahun aku hidup ni
byk onak, ranjau dan duri yg telah aku lalui
seawal umur 18 tahun
aku dah didedahkan dgn dunia luar
dunia sebenar
yg penuh dgn bermacam jenis perangai manusia
yg aku peliknyer
aku tak matang2x pon
hahahaha

bile difikirkan soal Hati,Perasaan dan Cinta
byk cerita yg boleh dicoret
rasenyer lebih byk kesah duka daripada bahagia kan
biase la tu
lumrah alam percintaan
tak selalunya indah
tak semua bahagia
dan tak selalunya berjalan dgn lancar

daripada cerita2x yg aku dgr
dan juga berdasarkan pengalaman aku sendiri
byk kesah duka percintaan yg selalunya ku dengari

SETIA

namun DITINGGALKAN

apabila gf SETIA...bf MAIN KAYU TIGA
gf BAIK SGT...bf lak mcm BUAYA
gf dah berkorban byk benda
mengalah dgn bf nya tak nak bergaduh punya pasal
pun si bf cari lain lak

dan begitu la sebaliknya
ade org berkate sume ni terletak pada individu itu sendiri
sebab hati dan perasaan itu milik setiap individu juga kan

namun, bagi aku
jika mereka itu curang
jika mereka itu MAIN KAYU TIGA
jika mereka itu tak tahu erti SETIA
ini bermakna mereka tidak tahu menghormati hak seorang manusia
setiap manusiakan ada perasaan
bukan patung
bukan HAIWAN
bukan BARANG MAINAN
nape nk mainkan perasaan org lain??
nape tak WUJUD rase hormat pada pasangan dan juga perasaan pasangan itu sendiri
kalo camtu TAK PAYAH pandai-pandai
nak mengikat janji setia
konon2xnya la
kau la bulan,kau la bintang
kau la segalanya
KAU LA BULLSHITT!!!!!

BOHONG SUME TU!!

mase mule2x je la camtu
konon tak mahu melepaskanmu
dah dpt org lain yg sedap2x
yg lagi besh
yg lagi gedik, manja dan sebagainya
pergi
tinggalkan pasangan yg konon2x pada mulanya tak nak lepaskan
YELA TU

di mana erti SETIA
dimana JANJI
dimana erti PENGHORMATAN kpd perasaan pasangan itu sendiri


jadi
tepuk dada
tanya IMAN

sume ni berlaku mungkin ade hikmah yg tersendiri
yang mungkin kita tidak tahu tetapi ALLAH Maha MENGETAHUI
segala yang terjadi adalah takdir dan rencana yang Maha ESA
kita hanya boleh merancang tetapi TUHAN yg menentukannya

Percaya pada yang MAHA PENCIPTA
insya'allah
ada yg lebih baik utk dirimu
jika tidak di dunia
mugkin di akhirat kelak
namun,
kita mesti ingt
setiap perbuatan kita di dunia ini
dihisab oleh yang MAHA PENCIPTA
sebesar2x zarah
sebesar2x biji sawi juga
akan dihisab dan tidak terlepas dari pandangan TUHAN
ALLAH MAHA ADIL
jadi setiap perbuatan ada balasan daripada MAHA ESA

semoga ALLAH memberi hidayah kpd mereka itu
ingatlah ALLAH sentiasa bersama orang2x yg sabar
dan
dengan mengingati ALLAH jiwa akan menjadi tenang

insya'allah sume akan baik2x saja
dan
kehidupan ini
sbnrnya telah tertulis di luh mahfuz sejak azali lagi
jodoh,pertemuan, ajal dan juga maut semua ditangan tuhan yang MAHA ESA
maka,kembalilah kepada tuhan
bertaubatlah sementara kita masih bernafas

redha dgn segala ketentuan tuhan
insya'allah
ALLAH akan memberi rezeki yang tidak disangka-sangka kpd mereka yng pasrah dgn sepenuh hatinya kepada tuhan yang MAHA ESA..

~wallahua'alam~


p/s: ala2x ustazah sket..hu3x~ =P


Wednesday, May 18, 2011

~Doa Memohon ketetapan hati~

اَللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوْبِ، صَرِّفْ قُلُوْبُنَا عَلَى طَاعَتِكَ.
“Ya Allah, yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami pada ketaatan kepada-Mu”*1

يا مقلب القلوب، ثبت قلبى على دينك.

Wahai dzat yang membolak-balikan hati, teguhkanlah hatiku pada agama-Mu”*2

*1) HR.Muslim(4/2045) no.2654
*2) HR.At-Tirmidzi no.3522

4 Syarat Hidupkan Hati Dengan Al-Quran

4 Syarat Hidupkan Hati Dengan Al-Quran

alt

Hati yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang.

Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri.

Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan.

Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran.

Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.

Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan.

Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.

Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak.

Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud:

"Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar)." - Surah al-Isra’, ayat 9

Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud:

"Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?" -Surah Taha, ayat 1-4

Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:

Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).

Allah berfirman bermaksud:

"Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat." -Surah al-Isra’, ayat 78

Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:

"Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?" - Surah Muhammad, ayat 24

Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.

Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.

Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.

Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.

Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.

Keempat, merealisasikan kehambaan ('ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.

Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.

Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.

Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.

Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).

Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.

"Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.

"Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan." (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)

- Artikel iluvislam.com


bulat2x dari sini

duhai Hati~

Duhai Hati, Jangan Kau Terkorban dengan Dunia..

alt

Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak tersedarkah hati itu adalah ujian dari Tuhannya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengaduh dari bertahmid rasanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 "

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12

Tak tersedarkah hati segala yang diberinya itu adalah nikmat, kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat, jika hati ingin menerima. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

Nah, Tuhannya sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuh. Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah, wahai hati, itulah lumrah. Tidak tersedarkah hati bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Tuhannya beri, Tuhannya pinjamkan.

Cara apa dan bagaimana hati gunakan semua pinjaman tersebut? Setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikankah? Setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sajakah? Kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadahkah? Tuhannya berhak mutlak ke atas hati. Kenapa hati masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan? Tepuk dahi, tanya minda semula. Layakkah hati-hati ini dengan Syurga milik Allah SWT?

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia...Sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...

dicopy bulat kat sini