Thursday, December 29, 2011

5 Bukti Si DIA cintakan Kita kerana Allah SWT~

5 Bukti Si DIA cintakan Kita kerana Allah SWT !






Pepatah arab ada menyebut semua orang mengaku kekasih Laila tetapi Laila sendiri tidak mengakuinya. Ramai orang kerap kali terjatuh dalam perangkap cinta dan terpalit dengan noda dan fitnahnya apabila Si Dia, baik lelaki mahupun perempuan mengungkapkan kata-kata hikmat yang berbunyi “Aku cintakan diri-Mu kerana Allah !”

Aduh ! Perkataan yang indah tetapi kerap disalah guna.

Jika kaca yang dipegang maka akan pecah kerana jatuh terhempas, jika kita sedang berdiri akan segera ingin mencari tempat duduk dan jika kita tengah duduk akan segera mahu berdiri dan mencari udara segar guna memaksa oksigen masuk ke dalam tubuh kerana sesak dan berat di dada sehingga menyukarkan pernafasan.

Jantung berdegub laju dan tangan menjadi sejuk.

Itulah tanda-tanda awal virus cinta sudah mula berjangkit dan sedang menular ke dalam badan dan hanya akan dapat dilegakan dengan berdekatan dengan orang yang dicintai.

Lalu apa yang harus dilakukan ? Pasrah dan menerima cinta kerana ianya adalah kerana Allah seperti yang diucapkan atau berhenti dahulu dan meneliti ucapan tersebut benarkah ia cinta dari Allah atau merupakan salah satu dari jerangkap samar syaitan ?

Firman Allah SWT : “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat: 6)

Dalam Islam, kita disuruh memeriksa dan menilai apakah benar setiap sesuatu ucapan atau khabar yang disampaikan sebelum mengambil tindakan atau membuat keputusan. Hal ini disebut sebagai konsep “tabayun” atau bermaksud mencari penjelasan atau keterangan.

Hal ini amatlah penting agar kita tidak ditipu atau terjebak dengan perangkap Iblis yang sedang menanti di hujung jalan untuk memancing kita ke dalam neraka bersama-sama dengannya. Sebelum membuat keputusan apakah akan diserahkan tubuh badan, hati dan perasaan maka lebih baiklah dilakukan usaha memeriksa dan menyemak terlebih dahulu benarkah kalimah itu diucapkan iaitu:

Aku cinta kepada Mu kerana Allah SWT !

Cinta kerana Allah SWT itu mempunyai satu kedudukan yang istimewa kerana di dalam hadis Abu Hurairah ra menyebut katanya Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka akan Aku beri naungan pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu.” (Riwayat Muslim)

Di dalam sebuah hadis yang lain, nabi salallahualaihiwassalam juga pernah bersabda : “Jika seseorang dari kamu mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahunya.” (riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ahmad serta Bukhari di dalam tarikhnya dengan makna yang sepertinya)

Kita juga disunnahkan untuk membalas ucapan cinta itu dengan doa yang berbunyi :

أحبك الله الذي أحببتني فيه

Maksudnya : “Semoga Allah mencintai kamu yang telah mencintaiku keranaNya.” (riwayat Abu Daud)

Hadis-hadis berkenaan cinta ini begitu banyak sebab Islam ialah agama yang menitik-beratkan persoalan kasih sayang dan kehormonian sesama Insan. Namun kita masih perlu menilai dan meneliti apakah cinta yang dihulurkan itu benar-benar madu dan rezeki daripada Allah SWT atau sebenarnya ialah racun dan umpan dari syaitan.

Bukti Cinta kerana Allah

Ada 5 bukti penting dan tanda utama yang dapat dikenal pada seseorang yang benar-benar mencintai kita kerana Allah SWT. Ini dapat dilihat dari hasil taddabur kita kepada ayat-ayat Al-Quran dan melalui penilaian kepada hadis-hadis nabawiyah.

Pertama :

1. DIA adalah seorang yang amat mencintai Allah

Adalah mustahil seseorang itu berkata dia mencintai kita kerana Allah SWT tetapi dalam masa yang sama dia amat jauh dari jalan Allah dan seringkali melakukan dosa dan maksiat kepada Allah SWT.

Cinta itu dibuktikan dengan perbuatan maka lelaki dan wanita yang mengatakan kepada anda bahawa dia mencintai kerana Allah juga akan membenci kerana Allah SWT dan membenci segala apa yang dimurkai oleh Allah SWT dari segala jenis dosa dan maksiat.

Nabi salallahualaihiwassalam bersabda : “Tiga perkara yang jika terdapat pada seseorang maka dia pasti akan merasai kemanisan Iman. Iaitu Dia mencintai Allah dan rasul-Nya lebih dari selainnya. Dia mencintai atau membenci sesuatu hanya kerana Allah dan dia amat membenci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia tidak suka dicampakkan ke dalam api.” (hadis riwayat Bukhari)

Lihatlah pada diri lelaki yang mencintai anda kerana Allah itu apakah dia seorang yang teguh agamanya, kukuh aqidahnya, penyabar, kuat tawakkal, selalu mencintai anak yatim dan membela yang lemah atau dia sebenarnya seorang yang hanya pandai berborak sahaja.

Lelaki yang soleh pasti akan kelihatan di masjid dan ketika ada orang yang berada dalam kesusahan maka disitulah dia akan dapat ditemukan.

Perkara yang sama terjadi kepada kepada lelaki yang benar-benar mahu mengenali para wanita muslimah solehah itu. Ianya tidak hanya dengan sekadar ucapan di bibir atau pada teks sms dan copy paste di blog dan Fb si gadis.

Lihatlah auratnya apakah ditutup, lihatlah peribadinya apakah terpelihara dan dijaga kemudian lihatlah pemikirannya apakah dia seorang Muslimah yang hidup untuk dirinya atau dia hidup untuk Allah SWT.

Caranya tidak susah. Mana-mana muslimah yang hidup untuk Allah akan sanggup menerima poligami dan menghormati hak-hak lelaki yang Allah berikan kepada mereka . Si DIA akan tunduk serta patuh kepada hukum Allah dan lebih banyak bertolak ansur serta berusaha memahaminya dari berusaha mempertikaikannya.

Jangan terleka dan tergoda oleh rupa dan pakaian kerana syaitan itu amat bijak dengan tipudaya dan jalan-jalan kesesatan.

Kedua :

2. Cinta kerana Allah terbit dari sebab ketaatan

Pasti ada sebab si DIA cintakan kita kerana Allah dan apakah sebab-sebab itu adalah terhasil dari kerana ketaatan kita kepada Allah SWT atau kerana kemaksiatan kita kepada-Nya ?

Jika cinta yang diungkapkan itu adalah kerana ketaatan kita kepada Allah SWt maka ianya adalah jenis dari bahagian cinta-cinta yang suci dan datang atas kerana rahmat daripada Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

Ada wanita jatuh cinta kerana si lelaki itu kuat berdakwah dan menjadi Imam sukarela secara percuma. Ada lelaki terjatuh hati kerana melihat si wanita itu tegas dan teguh mempertahankan maruah dan auratnya dari dicabuli. Maka jenis-jenis cinta seperti itu memenuhi kehendak cinta yang dilakukan kerana Allah SWT.

Tanyakan SI DIA kerana apakah kamu mencintai saya ?

Jika jawapannya memenuhi jenis cinta yang berdasar dari ketaatan kepada Allah SWT maka ianya adalah dari Allah dan jika ianya berdasarkan dari sebab-sebab kejahatan dan kemaksiatan maka ianya dari syaitan.

Ini dapat diketahui dengan mudah jika kita sendiri menyedari akan kesalahan yang telah kita lakukan. Misalnya jika wanita itu tidak menjaga auratnya, tidak memelihara dirinya dari fitnah seperti tampil di khalayak ramai dalam rancangan TV menjadi wanita pilihan dengan bertabarruj dan “berposing kiri dan kanan” memaparkan kecantikan maka jika datang lelaki menghulurkan cinta kerana tertarik dan jatuh hati atas kecantikan itu maka ianya bukanlah dari ketaatan bahkan kemaksiatan dan berpunca dari kedegilan kita dalam mentaati syariat Allah SWT.

Wanita yang solehah tidak akan mendedahkan kecantikannya seperti lelaki yang bertaqwa tidak akan murah menampilkan kebaikan dirinya atau menunjuk-nunjuk kewarakan dan kesolehannya.

Tanyalah diri anda, apakah dosa atau ketaatan yang telah dilakukan sehingga melayakkan diri ini menerima ungkapan AKU CINTA DIRMU KERANA ALLAH !

Ketiga :

3. Mencintainya kembali menambah kebaikan dan kemuliaan serta mendekatkan kita kepada Allah

Orang-orang yang benar dalam cintaNya kepada Allah mereka ini mempunyai kelebihan dan merupakan orang-orang yang benar-benar beriman. Mencintai mereka itu nescaya akan memberikan kebaikan dan menambahkan kemuliaan serta menambahkan kedekatan kita dengan tuhan.

Ini disebabkan di dalam sebuah hadis dari jalan Abu Hurairah ra yang menyebutkan bahawa Nabi Salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Jikalau Allah Ta’ala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia pun memanggil Jibril lalu memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu (Wahai Jibril) si Fulan itu. Jibril pun lalu mencintainya, kemudian Jibril menyeru kepada seluruh penghuni langit seraya memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu semua (Wahai penghuni-penghuni langit) si Fulan itu. Maka para penghuni langit pun kemudian mencintainya. Setelah itu dijadikan seluruh penghuni bumi pun ikut menerimanya (mencintainya).” (hadis Muttafaq alaih)

Lihat dan perhatikanlah apakah di wajah orang yang mengatakan Aku cinta pada-Mu kerana Allah itu membuatkan anda teringat kepada ajaran Islam, kepatuhan kepada Allah SWT, kedahsyatan hari akhirat serta dosa dan pahala atau sebaliknya hanya mengundang kepada ingatan nafsu syahwat dan pelukan serta dakapan di atas tilam.

Cinta yang suci tidak akan mampu dibakar oleh api sebaliknya ia hanya akan memadamkan api demikianlah cinta yang sejati tidak akan datang kerana syahwat tetapi ianya pasti akan mampu memenuhi keperluannya.

Ke-empat:

4. Cinta dan hubungan dengan Si DIA jauh dan terpelihara dari kelalaian dan dosa

Diantara ciri-ciri yang mustahak di dalam penilaian kebaikan seseorang ialah ianya tidak mengundang bahaya atau kemudharatan. Daripada Abu Said Al-Khudri ra bahawa rasulullah SAW pernah bersabda :“Tidak boleh melakukan kemudharatan dan tidak pula boleh mengundang kemudharatan (melalui perbuatan yang dilakukan).” (hadis riwayat Daruquthni, Al-Hakim dan Baihaqi)

Ini kerana tipu daya dan muslihat syaitan itu amat licik. Terkadang dia sengaja memalsukan kejahatan itu agar dilihat sebagai kebaikan atau kemuliaan.

Syaitan itu sendiri tahu untuk mengoda orang yang soleh itu tidak harus dengan maksiat dan kejahatan tetapi digoda dengan kebaikan dan kezuhudan agar si soleh itu menjadi sesat kerana riya’ atau ujub (kagum)dan ghurur (tertipu) dengan dirinya sendiri.

Mujahid bin Abi Mu'ammar meriwayatkan bahawa suatu hari pernah ada seseorang yang memuji seorang pemimpin. Kemudian Miqdad ibnul-Aswad pun menaburkan tanah ke mukanya, lalu berkata:"Rasulullah memerintahkan kami untuk menaburkan tanah kemuka orang yang suka memuji."(riwayat Muslim)

Imam Ibn Jauzi al-baghdadi dalam kitabnya Talbis Al-Iblis ada menyebutkan mengenai cara Iblis membelit ahli ibadah dan menjadikan mereka jauh daripada Allah melalui menampakkan kebaikan dan kelebihan diri mereka sehingga menjadi ujub dan kagum atau ibadah mereka lalu menjadi lalai kepada Allah dalam keadaan mereka menyangka bahawa mereka itu sedang beribadah.

Sabda rasulullah salallahualaihiwassalam :"Kamu tidak akan selamat hanya oleh amalanmu sahaja." (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Apabila anda berhadapan dengan lelaki atau wanita yang mengucapkan kata-kata cinta yang suci menggunakan nama Allah SWT maka lihatlah apakah ianya membawa fitnah dan kelalaian atau memberikan manfaat kebaikan dan menjauhkan diri dari dosa.

Ramai orang terkena belitan syaitan apabila terpedaya kononnya bercinta kerana Allah SWT namun apabila sudah ber“couple” dan bercinta semua larangan Allah dilanggarnya.

Bertudung labuh dan berkopiah tetapi berdua-duaan ditempat yang tidak diredhai Allah kerana cinta dan perasaan akhirnya syariat Allah menjadi gadaian.

Ada orang yang baik, lelaki muslim dan wanita yang muslimah pada asalnya mahu bercinta kerana Allah tetapi dipertengahan jalan mereka ditipu oleh syaitan. Akhirnya kerana sudah pun terlanjur berpegangan tangan, bercium dan melakukan maksiat ringan masing-masing berpendapat kita sudah tiada jalan kembali kecuali terus terjebak dalam hubungan haram ini.

Allah itu maha pengasih dan pengampun, setiap kali terlanjur dan tersilap dalam perjalanan maka segeralah lakukan U-TURN sementara nyawa masih dikandung badan. Pintu taubat sentiasa terbuka dan segeralah rayu dan memohon keampunan daripada-Nya.

Janganlah terpedaya oleh syaitan yang sentiasa merayu peluang kedua dari manusia agar sekali lagi melakukan dosa. Sekali lagi sahaja, Cuma sekali lagi katanya yang merayu supaya terus melakukan dosa lalu terperangkap di dalamnya.

Kelima :

5. SI DIA tidak mengharapkan balasan kecuali dari Allah

Cinta yang suci itu ialah cinta yang hanya tahu memberi tetapi tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan. Mereka ini seperti yang disebutkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.” (Al-Insan : 9)

Jika benar si DIA mencintai Mu kerana Allah maka bergembiralah kerana kalian benar-benar mahukan syurga dan tidak kisah dengan siapa berakhirnya hubungan ini. Apakah dia menjadi milikmu atau kamu menjadi miliknya hal itu bukanlah isunya tetapi apakah Si DIA dan kamu masing-masing beroleh kasih sayang dan keampunan dari Yang Maha Esa.

Sabda nabi salallahualaihiwassalam : “ Barangsiapa yang mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah serta memberi kerana Allah atau menghalang kerana Allah maka telah sempurnalah Imannya.” (hadis riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh Syeikh Albani)

Lelaki dan wanita yang saling mencintai kerana Allah SWT lebih takutkan Allah dan lebih mencintai Allah dari diri mereka sendiri dan secara pastinya mereka mencintai satu sama lain hanya semata-mata kerana hubungan masing-masing dengan Allah SWT.

Lelaki yang beriman dan benar-benar mengasihi seorang gadis kerana Allah akan sentiasa mahu wanita itu terpelihara dari dosa dan mahukan kebaikan serta rahmat Allah SWT ke atasnya.

Jika dia mahu mengahwini gadis itu maka hasratnya itu adalah kerana mahu melindunginya, mahu mengasihi dan memanfaatkannya di jalan Allah SWT. Adapun jika ada lelaki lain yang terlebih dahulu hadir dalam kehidupan wanita itu maka dia akan sentiasa mendoakannya dan mengharapkan kebaikan di antara kedua-duanya.

Hatinya Ikhlas dan hanya mengharapkan balasan dari Allah SWT.

Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda :“Doa seorang muslim kepada saudaranya di belakang pengetahuan saudaranya pasti dimakbulkan. Di atas kepalanya akan ada malaikat yang menjaganya dan setiap kali dia berdoa untuk kebaikan kepada saudaranya itu maka malaikat pun ikut berkata “Amin” dan mendoakan supaya baginya juga mendapat serupa apa yang telah didoakan kepada saudaranya.” (riwayat Muslim)

Inilah sifat orang yang beriman dan menjadikan Allah sebagai matlamat dan tujuan. Mereka tidaklah menjadikan cinta kepada wanita, lelaki, teman dan kekasih mereka itu sebagai sekutu atau saingan dan tandingan kepada Allah SWT bahkan sebaliknya ia menjadi baja dan air yang menyuburkan keimanan mereka serta sokongan kepada ketaqwaan mereka.

Firman Allah yang bermaksud : “Dan (aku telah diperintah): "Hadapkanlah mukamu kepada agama dengan tulus dan ikhlas dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang musyrik.” (Yunus : 105)

Mereka inilah yang termasuk dalam hadis nabi yang bermaksud : “ Manusia yang paling bahagia di hari akhirat dengan syafaatku kelak ialah yang berkata “Lailahaillallah” Ikhlas daripada hati dan dirinya.” (hadis sahih riwayat Bukhari)

Syaitan tidak mampu menggoda mereka bahkan oleh wanita yang paling cantik jelita atau oleh lelaki yang paling kacak dan tampan sekalipun. Takala dikatakan oleh Syaitan tidak takutkan kamu jika jarang bertemu atau bersms dengan kekasihmu itu nanti dia akan mencari atau dipikat oleh lelaki lain ?

Orang ini akan berkata : “Alhamdulillah, daripada Allah kita datang dan kepada Allah-lah kita akan kembali. Jika benar begitu maka saya akan mempermudahkan urusannya, membantunya agar dapat menikahi gadis yang ku sayangi ini jika benar lelaki yang lain itu adalah yang terbaik untuknya.”

Sesungguhnya saya mencintainya hanya kerana ALLAH !

---------------------------------

-Mohon disebarkan artikel ini jua kerana Allah !

sumber



Monday, December 26, 2011

Kahwin..adakah ia pelengkap iman?


assalamua'laikum semua..
arini aku nk membicarakan tentang perkahwinan
ye la
byk kot kwn2x aku yg dah kahwin
dah ade anak pon ade
yang nk kahwin pon ade
huhu



Tajuk entri ni wujud sbb aritu aku ade terbace yang mana ade seseorg itu cemburu krn kwn2xnya telah berkahwin dan cemburu tu bkn sbb dia takde calon ke ape sbb dikatakan bahawa kahwin itu ia sudah dianggap sebagai pelengkap iman yang mana apabila seseorang itu berkahwin maknanya satu kewajipannya yg dituntut yg merupakan sunnah nabi muhammad s.a.w telah lengkap..(tapi kalo solat 5 waktu yg merupakan tiang agama pon tak cukup lagi..lengkap iman ape ye tu? hahaha...) 

ok aku bersetuju dgn pandangan org tu tp sbg seorang manusia ada juga part yg aku tak setuju pasal kahwin ni...

PERKAHWINAN ia mungkin dianggap sbg satu kelebihan bg lelaki yg mana mereka dpt menyalurkan nafsu mereka dgn cara yg HALAL dan betul..ok..itu aku setuju...

tp INGAT ada jugak bebanan dan KEWAJIPAN yg perlu ditanggung oleh seorang LELAKI iaitu satu TANGGUNGJAWAB yg besar di mana seorang LELAKI itu perlu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang KETUA KELUARGA yg perlu membuat keputusan yg BETUL dalam menghadapi setiap masalah yg bakal MELANDA sesebuah perkahwinan itu. KUASA TALAK juga terletak ditgn LELAKI...jd, TALAK ini tidak boleh dianggap sebagai SATU GURAUAN yang mana apabila ia JATUH, maka PENCERAIAN juga akan berlaku..oleh itu, sebagai seorang LELAKI...kamu harus membuat pertimbangan yg betul agar dpt MEMIMPIN dan MEMBIMBING keluarga supaya sesebuah keluarga itu menjadi sebuah keluarga yg harmoni dan bahagia bkn sahaja di DUNIA tetapi juga di AKHIRAT kelak..dilihat di sini bahawa aspek dari segi KETEGUHAN AGAMA itu sendiri merupakan satu aspek PENTING dlm membina sebuah KELUARGA yg BAHAGIA...dgn adanya PEGANGAN AGAMA, secara tidak langsung mereka ini akan FAHAM DENGAN SENDIRINYA apakah TANGGUNGJAWAB mereka sebagai seorang SUAMI bkn sahaja tanggungjawab terhadap ANAK2x..tetapi juga terhadap seorang ISTERI...


pada PEREMPUAN
apakah kesannya?
hahahaha...yg ni aku rase aku nk merepek lebih la..sbb aku kan  perempuan...hohoho~
ok..
bagi PEREMPUAN pula, adakah aspek CINTA itu menjadi satu aspek yg paling PENTING? aku rase ya tp sampai bila CINTA itu akan berputik? sampai bila dia akan SAYANG kita? persoalan di sini adalah SAMPAI BILA? benarkah si DIA yg kita CINTAI akan CINTA kita sampai MATI? kalo dah namanya MANUSIA...mesti akn berubah pada bila2x masenye la..huhu..sebab KAHWIN ni bkn saje2x je taw..ia sekali SEUMUR HIDUP..jd, dah pikir masak2x utk hidup bersamanya SELAMANYA? huhu...bg aku aspek yg paling penting dalam memilih pasangan terutamanya SUAMI adalah seorang yg BERPENGANG PADA AGAMA dan juga seorang yg sgt BERTANGGUNGJAWAB..tolak tepi yg HENSEM, MACHO dan SEBAGAINYA..sbb dgn HENSEM dan MACHO tu sure ke dia boleh menjalankan tanggungjawab sbg SEORANG SUAMI apabila dia berkahwin dgn kita KELAK? kalo boleh ALHAMDULILAH...
dari pengalaman aku yg aku dgr dan lihat (aku tak kahwin lagi taw..hahaha) KAHWIN ni kan sbnrnye pon byk ssh kat PEREMPUAN juga sbb bg perempuan (bg aku je kot) perkahwinan ni adalah satu PERHITUNGAN HIDUP..yg mana ia menentukan kita dpt menghadapi segala dugaan dlm perkahwinan atau tidak krn bile seorang perempuan itu kahwin, yg paling penting bg seorang perempuan itu adalah SUAMI dan bkn ibu bapanya lagi..kan byk surah2x dlm AL-QURAN yg menyatakan TANGGUNGJAWAB SEORANG ISTERI KPD SUAMI dan SYURGA ISTERI pula terletak di bawah telapak kaki SUAMI:


Firman ALLAH swt. yg bermaksud: " Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka" ( al-Nisa :34) 

Oleh itu, seorang perempuan apabila berkahwin haruslah melayan serta mendgr kata2x suami, tidak melawan suami dan sbgnya (kan byk KEWAJIPAN SEORANG ISTERI TERHADAP SUAMI) tetapi ini bergantung la..takkan dah kene DERA pn nk REDHA je kan...sbb seorang ISTERI pn ade HAK2xnya yg tersendiri (nk taw gi MAHKAMAH SYARIAH @ google saja..huhu)

Sebab tu lah PEREMPUAN juga tidak terkecuali utk memilih dan juga memikirkan LELAKI yg sesuai utk hidup bersamanya disepanjang kehidupannya..sbb TANGGUNGJAWAB itu penting slps KAHWIN..cinta itu penting gak tp TANGGUNGJAWAB lagi penting..sbb jika tersalah pilih nnti merana hidup..takkan semua perempuan yg nk kene TANGGUNG? dah la yg MELAHIRKAN anak pun perempuan..saket taw lahirkan anak tu..bkn sng nk mengandung dan melahirkan anak..pastu takkan perempuan je yg jage anak sorang2x..yg BESARKAN anak sorang2x? mane tanggungjawab seorang suami utk membesarkan hasil benih yg dipupuk secara bersama? BUAT nk SAME2x tp tanggung ISTERI SORANG je? pastu senang2x cari ORANG LAIN? jgnlah begitu..hargailah pengorbanan seorang ISTERI wlpn dia TIDAK BEKERJA (SURI RUMAH) sbb byk jugak peranan seorang ISTERI dalam mengatur kehidupan seorang SUAMI dirumah..mkn, pakai masak, kemas rumah dan sbgnya..byk taw..huhu..

tp PEREMPUAN iaitu ISTERI juga perlu ingt..jgn la mengeluh dgn kerja yg kite kene wat ni..kan itu dah jadi KEWAJIPAN seorang ISTERI..hoho~

Selain itu, memilih seorang yg BEKERJAYA dan BEKERJA sebagai SUAMI juga penting supaya hidup tu xde la PEREMPUAN yg tanggung semua kan...tiada istilah takpe aku tolong2x sikit je..tp kan sbnrnye..tolong itu perlu gak tp ade la had2xnya..takkan sampai KERETA, RUMAH, PERBELANJAAN anak2x semua ISTERI yg wat n KENE BAYAR..jd di mana TANGGUNGJAWAB seorang SUAMI di sini..jd sbb tu la dlm AL-QURAN pn ade menyebut..CARILAH yg SEKUFU..ape yg telah termaktub dlm AL-QURAN tu semuanya benar dan ade sebab musababnya yg tersendiri kan...krn ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALANYA..

Jadi kpd sesiapa yg mahu berkahwin..kahwinlah sbb itu adalah satu tuntutan agama tetapi ingt jgn membuta tuli sbb apa yg AGAMA kita dah tetapkan dan segala panduan mencari suami dan isteri yang telah termaktub di dalam AL-QURAN tu dah betul dah..tinggal kita sbg manusia utk menganalisis dan mengaplikasikannya..kpd yg dah berkahwin tu ALHAMDULILAH..smg ALLAH memberi segala limpah rezeki dan rahmatnya kpd kamu..jgn sesekali mengeluh dgn segala yg terjadi di dalam perkahwinan kita tu..anggap semua itu dugaan tuhan.. kita manusia kan ada PENCIPTA yg LEBIH MENGETAHUI....DIA lebih tahu mengapa perlu kita hadapi segala ujian tersebut.

Segala yg baik itu dtg daripada ALLAH dan yg BURUK itu dtg dari diri aku sendiri..aku bkn ustazah dan aku cume manusia biase je yg selalu lakukan kesalahan same je mcm org lain..huhu..kalau ade yg tak setuju dgn pendapat aku atau ade sebarang cadangan, sila komen..aku tak kesah pn komen tu negatif atau positif...marilah same2x kita memperbaiki diri kita menjadi seorang manusia yg lebih baik..wallahua'lam~












Saturday, December 24, 2011

Unfriend you~



Hahaha
it's a song okeh
hahahaha

tp lirik lagu neyh mcmbesh je
dia ni kalo tgk
mcm boleh 
gantikan justin BIBIR je
hahahaha

ni la lirik lagu tu

enjoys~

************************************************************

unfriend YOU
by
GREYSON CHANCE

I really thought you were the one
It was over before it begun
It's so hard for me to walk away
But I know I can't stay

You're beautiful and crazy too
Maybe that's why I fell into you
Even though you would pretend to be
You were never with me

So it's over yeah we're through, so I'm a unfriend you
You're the best liar ever knew, so I'll unfriend you
Cause I should have known, right from the start
I'm deleting you right from my heart
Yeah it's over, my last move is to unfriend you

I thought in time that you could change
And my time and love would heal the pain
And I didn't want this day to come
But now all I feel is numb

So it's over yeah we're through, so I'm a unfriend you
You're the best liar ever knew, so I'm a unfriend you
Cause I should have known, right from the start
I'm deleting you right from my heart
Yeah it's over, my last move is to unfriend you

You come on to everybody
Everybody all the time
You give up to anybody
What I thought was only mine

Oh oh oh
Oh oh oh
Oooooooh

So it's over yeah we're through, so I'm a unfriend you
You're the best liar ever knew, so I'm a unfriend you
'Cause I should have known, right from the start
That you didn't have a human heart
Yeah it's over my last move is to unfriend you
Unfriend you

Yeah yeah yeah yeah
Woah ohh
Oh oh oh
Oh oh oh
So I'm a unfriend you
Oh oh oh
Oh oh oh
So I'm a unfriend you

Friday, December 23, 2011

aku nanges.. wuwuwu..terharuu~




aku menangis tgk video ni
ni adelah video di mana seorg yg berumur 19 thn di proposed oleh seorang lelaki yg tak dikenalinya
tp perempuan tu mmg sgt cute la
huhuhu
tp kan
terharu tgk video ni
sbb
mmg jarang ade org lelaki yg betul2x wat effort camtukan
siap jumpe parents lagi
terus tunang tu
huhuhu

saya doakan smg diorg bahagia bkn saje sampai ke anak cucu tp sampai ke syurga
insya'allah

p/s: terharu sgt tgk video ni..tgk byk kali pn still menangis lagi...dan wat mase skrg ni...tak nak fikir lagi pasal kawen2x ni..master studies first then, kalo ade jodoh ade la..insya'allah..kerana JODOH itu RAHSIA TUHAN
=)

I'm addicting..oh I'm sooo addicting~

hahaha
apekah addict2x ni?
bkn drug addict tahu
hohoho

okeh
hurm..
bkn ape r
aku ni jenis kalo suke ngan satu2x bende
aku kan addict ngan bende tu sooo seriously
yup
contoh mcm blog ni la
kalo aku suke kaler pink
aku nk wat sume kaler pink
pastu kalo ade bende baru
msti nk tgk byk2x kali
nk try byk2x kali
fuh
pnt jd aku ni
hahahaha

pastu kalo bende tu kan
kalo aku sukeeee sgt2x
mmg takkan lps punye la
contoh
aku sgt sukee ikan keli
so, hari2x aku akan mkn ikan keli
soo addicted to that rite?
huhuhu

aku mmg ssh nk ubah tabiat aku
yg mane kalo aku sukee sgt
ssh aku nk buang
contoh lagi
mcm 
teddy bears
mmg byk r kat umah aku
semua aku yg punya
hahahaha

kadang2x sampai merayu2x kat my dad
suh belikan bende cute 
kaler pink 
hahaha

and my dad layankan je
kerenah aku yg mcm budak2x kecik tu
hahaha

thanks dad
sbb selalu manjakan aku
selalu belikan aku wallet, henfon,handbag,shawl, cute baju kurung, heels, and laptop bag too
hahaha

aritu balik umah terkejut sbb my dad dah belikan bag laptop yg sgt cute
tenkiu dad
and
for my mom 
thanks too
coz always be my supporters, my fashion designer, my facial adviser n my dieting adviser too
kalo balik umah mak mesti membebel
sbb aku dah gemokk
hahaha

dan aku
mcm biase r
wat bodo je
hahahahaha
jahat giler kan
huhuhu

itulah aku
tak abes2x nk addicted to something
kalo addicted to study takpe la 
sbb leh dpt dekan setiap semester
eh?
mmg tak kot
hahahaha

p/s: something goes wrong...aku tak taw nk terus menghilang atau utk terus ada di situ....tp aku dah wat keputusan dan aku akan tetap bersama dgn keputusanku tu..NOKTAH~

Thursday, December 22, 2011

tenkiu kak nad..heee~


Holla semua~
di ptg yg mulia ni
cheh
mcm nk berucap plak
hehehe

saya ingin mempamer kan (eh..betol ke ayat aku ni? hahaha)
setinggi2x pengahargaan kpd
sahabat saya
kak nad

heeeee

formal la plak kan

sebab dah wat header baru yg pink serta chantek sgt kat saya ni


tenkiu kak nad

love u lot's 
muaaahhhhhh

hahahaha

takpe kak nad..

it's ok
mmg sgt chantek pon
akma suke sgt
heee

first time tukar header ni slps 2 thn
hohoho

nmpk sgt saya ni tak reti nk tukar header kan
hahahaha

dgn ini
saya sayaaaangggg kak nad ketat2x~
hahaa

muaahhhhhh
xoxoxo

=)

Wednesday, December 21, 2011

Jika Jatuh HATI, bukan jatuh TANGGA~


>> JIKA JATUH HATI..<<

~♥♥..Antara DUA HATI, ada syara’ yang MEMBATASI..jagalah KESUCIAN hati, agar terjaga fitrah insani..

“tapi..aku sungguh MENCINTAI dia! terlalu MENYAYANGI dia!”

>>> Tanyakan dirimu kembali, siapakah yang PALING BERHAK untuk dicintai? Sesuatu yang walau tidak diungkap, diketahui dan diperhatikan Allah..jika kamu jatuh hati, lebih perlu kamu DEKATI Allah..jika kamu jatuh hati, lebih perlu kamu panjangkan TANGIS dalam tahajud..

Cinta yang kukuh tidak terbina dari asas yang rapuh..CINTA, sebetulnya..apabila kita hendak bersama dengannya hingga ke syurga, selain daripada itu BUKAN CINTA namanya..apa usaha kita? perhatikanlah cinta kita bagaimana? ♥♥~

-H.A-

Wordless Wednesday~







yeahh..finally PAC MAN is real..huhuhu

Masalah itu sentiasa wujud~

Masalah
setiap manusia ada masalahnya yg tersendiri

masalah yg hanya difahami oleh diri sendiri
sama ada masalah tu dtg sendiri atau sendiri yg cari masalah

walaubagaimanapun
setiap manusia tak terlepas daripada menghadapi masalah

sedang asyik aku membuat assgmnt yg berlambak

tetiba seorang sahabat menelefon aku

dia : salam
aku : wslm
dia : camne nk gi KL dari seremban?
aku : nk wat pe gi sane?
dia : cari keje...saya baru sampai seremban ni..ade mslh sket
aku: mslh ape?
dia : saya tak bersedia utk bercerita


aku taw dia ade sembunyikan sesuatu
iaitu sebuah masalah
yg mana aku tahu dia sedang lari dari masalah itu
tp aku tak pakse dia utk bercerita krn dia tak bersedia

aku doakan smg sahabat aku tu berjaya harungi ranjau kehidupan
hidup
mmg takkan terlepas drpd masalah
tp
ia akan mematangkan diri kita sendiri
dgn membuat kita berfikir
apakah jln yg terbaik
utk menyelesaikan masalah kita itu

p/s: aku masih terkejut..menjawab panggilan telefon sahabat tu dgn mengarut dan sengal..rupenya dia ade mslh..rse serba salah melanda di jiwa..maaf segera diungkap..dan assgmnt yg berlambak harus dibuat dan diteruskan...Jumaat present..huwaa~ 

Singgah Ler

Promote2x..aku saje je nk promote ni
kalo korang sume ade mase
jenguk la kat blog kwn aku ni


byk info gak 
dan penulisan beliau sgt menarik
sila jenguk2x blog ni

ni blog kwn aku yg merangkap kwn sekolah rendah aku dulu ni

huhuhu

dia baru je wat blog
sila la jenguk blog beliau

p/s: aku tak reti la nk promote2x ni..hahahaha..tgk r blog ni kalo free ek..huhuh =P

Tuesday, December 20, 2011

PAST is LEPAS~

Ini bukan satu kesah 
LOVE is CINTA




bkn juga sambungan cerita tersebut

ini adelah kisah cerita diri aku sendiri
PAST is LEPAS

aku mula sedar
sgt sedar

yg dah lepas tu lepas la
biarkan ia berlalu

11 tahun

cerita tu sentiasa ada
sentiasa hidup dlm hati ini

ya 
akhirnya aku jumpa DIA
yg kembali 11 tahun itu

NAMUN
PAST is LEPAS

jgn diungkit kesah lama
wlpn perasaan itu ade
lupakanlah


LUPAKANLAH

aku tak sanggup lihat ade HATI yg TERLUKA
biar la hatiku yg terluka
biar la yg terluka itu aku

sbb 
PAST is LEPAS
yg dah lepas itu biarlah berlalu

pergilah dirimu bersama dia
yg sentiasa bersamamu
sjk 5 thn yg lalu
yg sentiasa ada di sisimu
dlm susah
dan senang

lupakanlah aku
kerana aku
adalah 

MASA LEPASMU

p/s: semua yg terjadi ada hikmah yg tersembunyi..hanya ALLAH yg mengetahui segalanya krn yg baik itu dtg drpd ALLAH dan yg buruk itu dtg dari diri kita sendiri...Perancangan ALLAH adalah perancangan yg paling terbaik sekali..daripada ALLAH kita dtg dan kpd ALLAH kita kembali~

Saturday, December 17, 2011

Jaundice @ penyakit hati~


Tanda dan Gejala Penyakit liver

Gejala-gejala sebagian tergantung dari tipe dan jangkaun penyakit hatinya. Pada banyak kasus, mungkin tidak terdapat gejala. Tanda-tanda dan gejala – gejala yang umum pada sejumlah tipe-tipe berbeda dari penyakit hati termasuk:

* Jaundice atau kekuningan kulit
* Urin yang coklat seperti teh
* Mual
* Hilang selera makan
* Kehilangan atau kenaikan berat tubuh yang abnormal
* Muntah
* Diare
* Warna tinja (feces)yang pucat
* Nyeri abdomen (perut) pada bagian kanan atas perut
* Tidak enak badan (malaise) atau perasaan sakit yang kabur
* Gatal-gatal
* Varises (pembesaran pembuluh vena)
* Kelelahan
* Hipoglikemia (kadar gula darah rendah)
* Demam ringan
* Sakit otot-otot
* Libido berkurang (gairah sex berkurang)
* Depresi

p/s: harap takde pape la..amin..kalo leh tak nak jalankan ujian darah sbb tanda2x mcm sementara je..hurmm~

hurm~





~sudah cukup menjelaskan ape yg aku rasa~

Friday, December 16, 2011

Pergh!

PERGHHHHHHH!!!!!!!

tu je r 
yg aku nk sebut kat cni
 ok 
bai!!

Thursday, December 15, 2011

Nibung tebel ngan rumate..haha =P


nibung tebel? 
apekah?
hahaha
actually aku n rumate aku pakai eye brow linear laaa
kitorg pakai eye brow linear yg tebal2x n ngancam punye
kih3x

sbnrnye aku nk teman rumate aku hntr surat
pastu jln2x kat pusanika sbb ade jual2x mcm jual kain, baju, kasut, budak eh?
hahahaha

pastu lapo
gi la kat ktho
makan2x
pastu aku mcm nk beli eye brow
sbb mcm besh je pakai bende ni

wat aku rase mcm ade kening je
al-maklumlah mata kening aku ni ala2x tak nmpk sket..huhuhu

pastu gi la kat unikeb
naik bus redah ujan
oh nooo
mmg syok redah ujan
pastu aku pon beli la eye brow
dan
beli mknn arab yg besh
adik aku selalu beli kalo dia balik malaysia

yougurt n kacang pistacio
hahaha
tgk r gmbr kami ni





aku


rumate aku

                         


adekah muka kami serupa??
sbb penjual tu ckp kami mcm adek beradik..huhuhu



eye brow n yogourt n kacang pistacio tu
hahaha

ni la eye brow yg aku beli tu
jename TORELU

hahaha

harga..murah giler
tp 
ok r asalkan leh pakai
muahahaha

p/s: pasni target aku nk lengkapkan alat2x make up aku..hahahah =P

Tuesday, December 13, 2011

Pesanan Rahsia..hantarkan kpd yg tersayang~





I Love U

hantarkan pesanan ini kepada pasangan anda tanda
anda seorang penyayang dan romantik :)


9966699999966699999966669966669966669999996699666996699 9966999999996999999996666996699666699666996699666996699 9966699999999999999966666699996666699666996699666996699 9966666999999999999666666669966666699666996699666996699 9966666669999999966666666669966666699666996699666996699 9966666666699996666666666669966666699666996699666996666­ 9966666666669966666666666669966666669999996669999996699


1) Highlight Nombor di Atas
2) Tekan Ctrl dan F
3) Masukkan No 9 dan tengok apa yang berlaku..



smart n sweet kan? 
saya dpt kat sini

Friday, December 9, 2011

Bunga dan Nuklear~


Sebagai pelajar jurusan hubungan antarabangsa...konflik yg berlaku di peringkat antarabangsa merupakan satu konflik yg tidak asing lagi bagi kami yg mempelajari bidang ini dan blaaaa blaaa blaaa~

hahahaha...bukan tu yg aku nk mempertengahkan
arini aku jadi pengkritik
kritik org punye assgmnt la
pastu kan
biase r
mmg mesti la lecturer komen berjela2x la kan

aku dgn senang hatinya
melukis
hahaha

kbtln aku ade pen yg warna warni punye
so..
anda ingin melihat lukisan ku

tadaaaa~


 bunga



nuklear



ok bai

=)

My new Love~



I love him

taylor lautner

hahahahaha

in my dream 

=P

Tuesday, December 6, 2011

Perlu ke tunjuk yg kite tgh bergaduh kat FB?


ehem2x
uhuhuk3x..

erk
 aku wat entri ni bkn pe..
ni pasal kapel yg gadoh2x ni la
aku tgk ade la kwn aku ni 
ye la
diorang mcm dah putus kot
tp tak taw la
ntah la
tp mcm berperang bagai nk giler kat 
FACEBOOK

mmg la kwn aku tu friends dia sikit
tp ntah la
aku tak taw salah perempuan tu ke 
slh kwn aku tu ke
ok kwn aku lelaki dan aku dah kwn ngan dia sejak dari form 5

dan dia dah delete aku dari facebook
ok aku tak kesah pon yg tu
sgt tak kesah
sbb aku fikir msti la ade sebab kan nape dia delete tu kan
sbb tak nak awek dia jeles or pape ke
sbb awek dia taw kesah aku n kwn aku tu
ok bkn nk cerita pasal aku ok
itu dah jd sejarah
hahaha

ok
kwn aku ni dia
gaduh giler2x punye r kat fb dia
ade ke sampai ntah la
mmg la dia tu tak ramai friends tp org leh view kan
gaduh sampai maki2x..ckp bende tak elok
tak yah la sampai mcm tu sekali

tak elok org tgk
be matured la
kan kite dah tua
umur pon dah dekat 24 thn
so, berfirkir secara matang dan jgn ikut perasaan dan emosi sendiri

aku pon penah bergaduh
dan pernah benci giler kat org tu
tp tak yah la nk gaduh n nk tunjuk kebencian kite tu
cukup la dgn remove dia dr facebook
dan mulakan hidup yg baru
diam dan jgn ngata pape tentang dia
sbb tak elok kan

ye aku takde la bagus sgt
cume tak baik la nk gaduh2x ckp bende tak elok kat fb
org tgk

huhuh

pastu pak cik aku nk kawen
ok..pakcik aku tu sebaya aku
ok la nk kawen
tp aku harap sgt dia cari kerja yg baik dulu
sbb aku mmg really tak nak dia susahkan nenek
tak nak
sbb aku taw nenek aku tu seorang yg sgt baik
msti dia nk tolong gak wlpn dia sendiri susah
sedey betul
aku mcm nk tolong nenek aku tu
tp
aku pon tak keje gi
kalo aku dah keje kan bagus leh tolong nenek
leh tolong pak cik kawen
tak tolong dari segi tenage pon takpe la
tolong byrkan sikit2x ke

aku really tak nak nenek susah
tp kalau aku je yg pikir tp pak cik aku tak pikir camne?

aku pon tak taw nk watpe
hanya tunggu dan lihat je la
aku doakan
smg semuanya berjalan dgn lancar
amin 

=)

Mase darjah 4~


ahahahaha

bile nmpk budak ni nyanyi lagu ni teringat mse
darjah 4 dulu
mase tu aku sekolah kat sekolah perempuan
Sekolah Kebangsaan Sultan Abu Bakar (1), Muar, Johor

best
kenangan terindah kat situ
yg paling aku takleh lupe
Ketua Darjah wat pertandingan nyanyi

Ketua Darjah gile lagu siti nurhaliza
selalu dia nyanyi lagu tu
kadang2x wat lagu solo
dan kadang2x berkumpulan

aku ingt g kumpulan aku nyanyi lagu 
"Lemon tree"
besh giler
ngan ade sorg kwn aku yg besh
namenya sharizan
tp dia perempuan taw
pastu cool giler

kitorg kat belakang nyanyi tegak mcm nasyid
dia menari sorg2x kat dpn nyanyi lagu tu

besh giler

dah la semua perempuan
takde laki pon
ye la sekolah perempuan kan

sgt besh

seronok bile ingt zaman kanak2x dulu
=)

Sunday, December 4, 2011

makanan yg CooL..ye la tu =P


Rasa itu satu kesilapan~

mencintai itu mudah
mencintai memerlukan hanya beberapa saat sahaja
namun,
melupakan itu susah
kerana melupakan itu mengambil suatu masa
mungkin sehari, setahun atau mungkin 
susah melupakan untuk selama-lamanya

mungkin rasa itu adalah satu kesilapan
sesuatu yg tak perlu diungkap
tak perlu dijelaskan
dan tak perlu diperkatakan

kerana
ia mungkin satu kesilapan

dan mungkin bila esok
bila kita berjumpa lagi

mungkin

satu rasa itu akan hilang
tiada
tiada rasa

mungkin
ada secebis rasa
namun
dielak
dan dihilangkan

kerana rasa itu mmg satu kesilapan

aku masih tercari2x hikmah disebalik semua ni
hikmah itu wujud
hikmah itu ada

tp

ntah
harap
satu hari nanti
masa itu akan tiba
hikmah itu akn muncul
rasa itu tiada
kesilapan itu pergi
dan 
hilang~

Bahagia~


Bahagia

adakah ia indah?

adakah ia menggembirakan?

atau adakah ia menggambarkan sesuatu yg membuat diri kita senyum
dan 
berada diawang-awangan?

persoalan mula menusuk minda

adakah akan timbul bahagia bila cinta melanda?

bila cinta melanda jiwa
bahagia datang menusuk jiwa


pabila si dia 
berada di sisi
bila terasa diri dicintai
bahagia mula melanda diri
tiada duka

senyum terukir 
tawa riang menjadi penyeri
bahagia sentiasa

ya,
ia ceria
ia indah
ia suatu rasa dijiwa

gembira,senyum,tawa

si dia dtg di hari kebesaran
hari kebanggaan kita
di hari di mana kita ingin menerima segulung ijazah yg mulia

senyumannya menghiasi jiwa
hadiah bertukar tgn
saling bergambar antara satu sama lain

TETAPI

hurm~

=(





Saturday, December 3, 2011

AKU PEMBENCI LELAKI GEDIK!!

Geram aku
kate nk mintak maaf
pastu nk angin tak tentu pasal kat aku
pasal dia marahkan kawan dia
yg merupakan kawan aku tu

pergh!
geram aku
ko tu laki r beb

LELAKI

apsal nk 
TOUCHING 
lebih2x neyh?

pasal kawan ko tu pon ko nk angin tak tentu pasal
aku lak yg kene marah
dgr ko merepek

ish
geram aku la

TOUCHING je lebih
bile aku suh ko solat amek wuduk ko ckp nk wat keje lain la plak


weyh
ko tu LELAKI tahu!!

ish 
SEMAK LAH
nk hadap 
LELAKI yg perangai mcm PEREMPUAN ni

gedik
AKU BENCI LELAKI GEDIK!!

ish
geram aku!!

grrrrrrgrgrgrgr

~(@___@)~

Friday, December 2, 2011

solehah ke ustazah pilihan?


hehehe
actually
aku klik pada page ustaz don 
dan ternampak diary solehah
dan 
yup
nmpk solehah mcm menarik

ustazah pilihan aku tak penah lak tgk
tp
mcm tak besh
sbb 
aku tgk solehah ni orgnye
lebih lembut2x dan mcm org yg baru berjinak2x nk belajar agama
menarik kelas2x agama diorg

wah..teringinnye nk jd mcm diorg
teringin nk jd mcm dulu balik
=(

~Ya Allah berilah aku petunjuk ke arah jalan yg Engkau redhai~

amin

Thursday, December 1, 2011

teruk..terukk~

teruk
 bad day ever
ntah la
pening2x
still pening lagi
cari2x dan takde jln penyelesaian pon
lagi pening ade la

tp takpe la

jika ALLAH tidak memakbulkan doamu, 
itu bermakna ALLAH sedang merancang sesuatu yg terbaik utk mu..

Ya ALLAH..
tolong kuatkan aku~


~(T___T)~

Tuesday, November 29, 2011

Frustrated!!

yups..betul tu...
jadilah diri sendiri ek
tu lebih baik dan lebih senang dan tenang

tak payah la nk berpura2x pastu belakang tikam..tikam..tikam!!

ohh
perangai tak baik tu
huhuhuh

ade lagi bende yg wat aku frust gegilers sgt neyh

ntah kenape la dlm idop aku ni
asyik jumpe laki yg suke sshkan idop aku?
sume nk aku wat?
sume nk manje2x?

heh
ko tu LELAKI
TAHU!

apsal lak aku yg kene wat kan sume bende utk ko

pandai2x pikir la sket
kate laki ade 9 akal

so, gunekan la
jgn malas2x

aku yg ade 1 akal ni plak yg dok pikirkan utk ko
ish
gerammm aku


mane pegi laki yg berkaliber dan berdikari kat dunia ni ek?
mane pegi lelaki yg ade pendirian dan ada  pemikiran yg tersendiri ek?

sume nk tunggu PEREMPUAN yg suruh
ni la kesan anak MAK byk sangat

MANJE!!

ish
takleh idop aku ngan laki manje2x ni 
rase nk sepak2x je

p/s: aku sgt geram dgn lelaki yg tak taw nk pikir ape yg terbaik utk diri dia...aku pon ssh nk pikir utk diri aku sendiri....satu hal lak aku nk pkir utk dia...ishhh..semak laaa!! huhuhu =P

Saturday, November 26, 2011

LOVE and KEY~


hahaha
itu betol
kepada sape yg ade 
KUNCI 
je yg leh
bukak
PINTU
HATI
aku

aku ni jenis
ssh nk terima cinta

tp kalo aku dah start
TERIMA
mmg aku akan CINTA
dia betol2x

tp

DIA 
dah
tinggalkan aku

dan skrg

DIA ckp nk jd KAWAN aku??????

hahahaha

WHAT THE LAAA

mmg TAK la jawabnye

but

LET'S JUZ BE SIMPLE,

IT'S FATE
so 
JUZ ACCEPT IT

oleh itu,
aku
nk JAUHKAN

DIRI DARI DIA
maybe

FOREVER

p/s:
 kpd DUDE aku...
thanks coz kejutkan GURL ni bangun SUBUH n suruh this GURL have dinner after CLUZ..
u're so 
COOL,DUDE...
thanks..
sbb SELALUNYE aku yg KEJOTKAN org SUBUH
tp tu pada zaman dulu kala la
hahahaha
=P


Friday, November 25, 2011

Nom..Nom..PIzza Hut Bersame Kak Nad..ngee~

arini
aku dpt kol drpd ayah aku spy amek surat dia kat markas
then, kol la kak nad
pastu,
lps abes amek surat
aku pon lepak2x la bilik kak nad

kak nad ckp nk ade pizza la
aku pon tgk kat tong sampah tu..
ye la ade pizza
tetibe aku bersuara
jumm kak nad..pizza
hahahaha

pastu on da spot gi pizza
merempits dgn lajunye
sbb dah kol 9 lebih malam
pizza nk tutup
dtg2x kat tempat pizza,
takleh mkn kat situ
kene take away
huhuhu

pastu kitorg mkn la kat dataran kolej Tun Hussein Onn, UKM tu

tgk la gmbr2x ni
hehehe
=P
























P/s: arini otak aku mmg tgh biol tp masih boleh terkawal gi..hahaha =P