Wednesday, April 27, 2011

Melawan Perasaan Sendiri

Soalan:

Untuk pengetahuan umi,sy baru sahaja lepas mengikuti daurah idad murobbi pada minggu lepas. Selepas saya mengikuti daurah itu, saya merasakan ada satu perkara atau benda yg memaksa saya untuk memikul tugasan yg sangat berat (menjadi murobbi) dan saya merasakan ada sesuatu yg membebani diri saya dan perasaan saya cuba melawan atau menafikan semua tanggungjawab itu, seoalah terpaksa. Sedangkan otak saya memahami kepentingan memikul tanggungjawab itu. Jadi,sekarang saya dalam dilemma umi. Apakah yg patut saya lakukan? Harap Ummi dapat membantu

Jurutera Elektrik

Jawapan:

Wa’alaikumussalam wbt, anak umi semoga sentiasa dalam bimbingan ALlah swt untuk mendapat hati yang tetap dalam kecenderungan untuk menjadi ‘abid kesayanganNya dan khalifah pilihanNya, InsyaAllah.
Ank umi, MasyaALlah sesungguhnya hati anakanda masih hidup dan telah dipilih ALlah swt untuk terpanggil berkongsi perasaan untuk menjadi bimbingan untuk semua yang membaca ruangan ini, InsyaAllah. Ank umi sedang dalam pertarungan di persimpangan antara menuju jalan ke syurga atau tarikan syaitan yang mengajak anakanda melencong ke jalan yang boleh menjatuhkan anakanda ke neraka, na’uzubillahiminzalik. Sebenarnya anakanda sedang dibisikkan was-was oleh syaitan@pembisik yang kerap menghilang dan menjelma(Khannas). Allah swt telah menyediakan senjata untuk bekalan kita bertempur dengan bisikan2yang dilemparkan oleh jin atau manusia itu dalam surah An-nass ayat 1-6.
Katakanlah(wahai Muhammad) : Aku berlindung kepada Allah swt Pemelihara sekelian manusia, Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhaq disembah oleh sekelian manusia, Dari kejahatan pembisik, penghasut yang tenggelam timbul, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,(iaitu pembisik dan penghasut) daripada kalangan jin dan manusia.”
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya :
Rasulullah saw bersabda :”Syaitan menetap di hati anak Adam. Apabila manusia mengingati Alah swt dia akan hilang. Apabila manusia lupa dia akan membisik.”

Justeru, anak umi, zikrullah, istiqamahlah dan mohonlah bantuan dari Allah swt agar anak umi sentiasa tetap dalam mendapat hidayah dan taufiq dari ALlah swt. Agungkanlah Allah swt sebagai Rabbmu, Malikmu dan Ilahmu, InsyaAllah bisikan2 dan was2 itu tidak dapat menguasai anakanda kerana redha Allah swt dan syurga Allah sentiasa menjadi pandangan dan matlamat hidup anak umi dalam setiap amalan yang dilakukan. Ikhlaskan niat lillahita’ala dalam setiap langkah dan yakin sesuatu kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas itu akan sentiasa mendapat pertolongan ALlah swt. InsyaALlah. bayangkan kenikmatan syurga ALlah swt terhadap amanah yang diberikan ALlah swt sebagai murrabi itu, kerana itu pilihan Allah swt- bukan semua orang mendapat pilihan itu. Hamba yang dipilih oleh ALlah swt itu akan sentiasa menlakukan persediaan untuk pengabdian dan perngorbanan itu. Apabila ALlah swt berada dalam hati anakanda, InsyaAllah was2 atau dilema itu akan hilang dan anak umi akan menjadi ‘abid Allah swt yang mempunyai ainul yakin dan haqqul yakin. InsyaAllah. Ingatlah nak, mungkin ini saham yang paling berharga untuk kita persembahkan kepada ALlah swt untuk mendapat rahmat ALlah swt untuk syurgaNya. Ank umi nak masuk syurga tak dan dapat melihat Allah swt setiap masa? Teruskankanlah perjuangan sebagai ‘abid dan murabbi di jalan ALlah swt ini, InsyaAllah. Jangan pandang ke belakang yang boleh menjatuhkan kita ke neraka, na’uzubillhaiminzalik.
Wallahu’alam


amek sini.

No comments: