Tuesday, April 19, 2011

Empat sifat kita, siapa anda?


page140 Empat Sifat Kita, Siapa Anda?

Keunikan kita ialah variasi sifat yang berbeza. Salah satu keunikan manusia adalah mempunyai sifat yang berbeza antara satu sama lain. Waima pasangan kembar pun, sifat serta kerenah tentunya berbeza. Perbedaan inilah yang dapat membuat manusia saling melengkapi satu sama lain. Dalam dunia psikologi, terdapat empat jenis sifat manusia. Setiap individu pasti memiliki beberapa dari jenis sifat ini. Sifat manakah yang tepat dengan diri anda?

SANGUNIS, SI POPULAR

Keperibadian yang menarik, punya sifat jenaka yang tinggi, suka menghidupkan suasana, emosional dan demonstratif, periang dan penuh semangat, serta kaya rasa ingin tahu. Dalam pekerjaan anda seorang yang kreatif, inovatif, antusiasme, sukarelawan, menjadi rujukan dan contoh semangat orang lain untuk bekerja. Sebagai seorang teman, mudah bergaul, mencintai orang lain, suka dipuji dan menyenangkan. Suka kegiatan spontan, merupakan figura seorang pemimpin sirkus.

MELANKOLIS, SI SEMPURNA

Berfalsafah dan puitis, serius dan tekun, analitis, mendalam dan seorang pemikir, menghargai keindahan, peka terhadap perasaan orang lain, idealis dan suka berkorban. Dalam pekerjaan, orang melankolis berorientasi pada jadual, seorang yang mementingkan kesempurnaan, punya piawaian yang tinggi dan rinci, tertib dan tersusun, perlu menyelesaikan apa yang dimulai. Sebagai seorang teman, melankolis adalah orang yang setia, sedia mendengar keluhan, hati-hati dalam berteman, sangat memperhatikan orang lain, terharu oleh air mata penuh belas kasihan. Pencari teman hidup ideal.

KOLERIS, SI KUAT

Berbakat pemimpin, dinamik dan aktif, berkemahuan kuat dan tegas, tidak emosional bertindak, tidak mudah patah semangat, memancarkan keyakinan, bebas dan berdikari. Dalam pekerjaan berorientasi matlamat, melihat seluruh gambaran, tersusun dengan baik, mencari pemecahan praktis, bergerak cepat untuk bertindak, mendelegasikan pekerjaan, menekankan pada hasil, berkembang kerana saingan. Orang koleris tidak terlalu memerlukan teman, mahu bekerja untuk kegiatan, mahu memimpin dan mengorganisasi, biasanya selalu benar, unggul dalam keadaan darurat.

PHLEGMATIS, SI DAMAI

Rendah hati, mudah bergaul dan santai, tenang, sabar, konsisten, simpati dan baik hati. menyembunyikan emosi, bahagia menerima kehidupan. Dalam pekerjaan, punya kemampuan administratif, menjadi penegah masalah, menghindari konfl ik, baik di bawah tekanan, menemukan cara yang mudah, mudah diajak bergaul, menyenangkan, pendengar yang baik, selera jenaka yang menggigit, suka mengawasi orang, mempunyai banyak teman, punya belas kasihan dan perhatian.


dicopy bulat2x dari: http://www.eh.com.my/2010/12/23/empat-sifat-kita-siapa-anda/


P/s: aku si Melankolis~ harap maklum..hahahahaha..(mood: perasan lebey..sile lempang dier..ho3x..=P)

2 comments:

spider_gurl86 said...

kita pun nak tgk la kita punya apa hehehe....tol tak cik melankolis hehehe

~~faizatul akma~~ said...

hehehehe..betul tu..sila2x tgk..jgn tutup mate ye..ho3x~ =P