Hurm..
ombak..sinonim dgn sesuatu yg dipanggil pantai..wah..jika dilihat pantai terasa sgt indah yg amat..subhanallah...hasil ciptaan ALLAH yg sgt indah dan sgt tenang bagi pandangan manusia seperti aku...
di atas katil aku termenung sendirian..
kehidupan sama seperti ombak dan pantai..ade pasang surutnya..ade risikonya dan ade juga kesannya...
BANYAK~
sudah banyak perkara berlaku di sepanjang kehidupanku
walaupun usiaku masih terlalu muda (kire masih muda la sbb xkeje g kan..heheheh), namun aku rase terlalu banyak yang telah ku lalui disepanjang kehidupanku..terlalu byk dan terlalu perit utk ditelan..ditikam dari belakang,ditipu,dikhianati dan banyak lagi...
aku tahu..aku seorang yang sangat naif..
aku kalau dah percaya seseorang tu...aku letak harapan betul-betul kat dia..
sume bende aku cerita kat dia..aku percaya betul-betul kat dia..
tapi aku tak sangka..sungguh tak sangka..orang yang betul-betul aku percaya sanggup menikam aku dari belakang...nak kata utk kepentingan diri dia, aku tengok aku tak de kelebihan pon..
sungguh aku tidak faham..kenapa wujudnya orang yg sebegitu..aku tak pernah nk kacau hidup org..sentiasa doakan org bahagia lagi tapi kenape orang nak tikam aku?
aku pandai ke? rase tak pandai pon dan aku rase aku tak ada sebarang kelebihan pun..
tak ada..jadi kenapa org nk kacau hidup aku?
sangat pelik la dunia ni.. tak mengapa la..tuhan maha mengetahui..mungkin ade hikmahnya yang tersembunyi dan mungkin aku juga ada kesilapan yg tuhan ingin sedarkan aku...sesungguhnya yang baik dtg daripada tuhan dan yang buruk itu datang daripada aku...
Dalam perhubungan pula, aku sering dibohongi..
walau aku tahu itu satu pembohongan, aku tetap percaya pada dia..namun, dia pergi dengan menyatakan bahawa dia tidak layak utk aku..betapa perit hatiku utk menerima hujahan penuh muslihat itu...aku tahu, bersama perempuan itu kau akan bahagia..aku tahu..perempuan itu pandai mengambil hatimu dan aku juga tahu..apa yg kau mahu ada pada perempuan itu..aku hanya mampu pasrah dan redha dgn ketentuan tuhan ini dgn mendoakan agar kau selalu bahagia bersamanya dan aku juga tahu...hidup aku bertambah tenang skrg, tenang hidup tanpa kau dan aku juga baru sedar bahawa hubungan yang tidak berlandaskan syariat yang sebenarnya akan mengundang pelbagai musibah, misalnya seperti hati tidak berasa tenang dan juga gelisah..rase jauh sgt dgn tuhan....dan ini terjadi pada aku dan aku sgt bersyukur pada tuhan yang maha Esa kerana masih memberi hidayah dan juga memberikan ketenangan dalam diriku ini...alhamdulilah...sesungguhnya ketenangan itu anugerah tuhan dan aku sgt setuju dengan pendapat itu...aku juga berdoa dan berharap kau akan memperoleh hidayah daripada tuhan satu hari nanti...jika kau sayang tuhan, pasti kau akan sedar betapa kau peroleh kebahagiaan dunia yang sebenarnya....
lorong gelap..aku cube berjalan ke arah cahaya..mampukah aku?
seawal usia 18 tahun,
pelbagai onak dan duri harus aku tempuhi..
dan aku tempuhi sendiri...
sendiri aku harungi liku-liku hidup..
kehidupan di Uitm, shah alam bukan sesuatu yg mudah..
alhamdulilah...aku kembali sedar diri setelah keluar institusi tersebut..
namun aku masih rindu institusi tersebut kerana banyak benda yang aku pelajari di situ
bagaimana nk lalui liku-liku hidup
bagaimana hendak membezakan antara keperluan dan kesenangan
banyak yg ku lalui
alhamdulilah~
segalanya telah kembali spt sedia kala..
syukur pada tuhan
bagi aku...
segala yg berlaku pasti ada hikmahnya yang tersembunyi..hidup ini ada pelbagai pilihan..pilih lah dengan berbekalkan keimanan dan bukannya dgn kehendak hati..betul kata orang zaman dulu2x..ikut kata hati mati...maka,gunakanlah akal fikiran yang dianugerahkan tuhan...fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu..aku akui..semua kejadian ini betul2x mendewasasakan diriku dan aku mula berfikir dari sudut yang amat berlainan...tidak mengapa hati terguris..tidak mengapa menangis sendiri jika sedih..tidak mengapa jika harungi semua ini secara sendirian..aku tetap percaya...semua ini takdir tuhan...dan ALLAH sentiasa bersamaku dan juga bersama orang-orang yang bersabar dan ALLAH juga sentiasa bersama hamba-hambanya yang beriman...
Firman Allah SWT yang bermaksud : Adakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan dengan berkata; " Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diberi cubaan? Dan sesungguhnya Kami telah mencuba orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta" (Al-Ankabut: 2-3)
P/s:Banyak lagi yang aku perlu pelajari..aku akui masih lagi jahil dan perlu memperbaiki diri..insya'allah...semuanya akan baik2x saja..amin~=)
No comments:
Post a Comment