Tuesday, February 28, 2012

Bila cinta itu bukan milik kita lagi~

"Saya tak mahu awak sedih"

Bila aku mendengar kata-kata ini, aku rase bagaikan Amir Asyraf dalam cerita VANILLA COKLAT yg aku idam2xkan selama ni menjadi nyata...rasa bagaikan YES, AKU DAH JUMPA DIA...



namun...

mengapa hatiku sedih?
mengapa aku tetap tidak dapat menerima DIA?
nape mesti DIA?
nape bukan ORANG LAIN?

kalau...

kalaulah aku mendengar kata-kata ini daripada ORANG LAIN
mungkin aku akan menerimanya
dgn hati yg ikhlas
dgn hati yg terbuka
dgn hati yg tulus

tapi...

mengapa ia keluar daripada mulut DIA??
nape mesti DIA??

maaf...

aku benar-benar tidak terkata
benar-benar tidak faham 
dan juga benar-benar tidak memahami
dan juga tidak tahu

bagaimana utk menjawab
segala PERTAYAAN yang diungkap drpd DIA

aku tidak tahu

"Jika masa dpt diundur, APA KEPUTUSAN AWAK?"

"Kalau kita tidak putus dulu, mesti awak dah jadi isteri saya"

"mengapa awak tak pilih saya?"

itulah persoalan daripadanya
soalan dari seorang yg sgt aku kenali sejak 5 tahun yg lepas
yg byk membantuku
menyelesaikan segala permasalahanku

aku mmg sgt suka dgn dia
sgt syg dia
akan tetapi
sygku kpd dia hanya sbg seorang abg sahaja

aku cuma menganggap dia sbg abg
sbb dia tua 2 tahun dariku
dan sgt2x sempoi

akan tetapi
aku tak tahu
dalam hatiku
tiada rasa cinta terhadapnya
aku tak mampu utk menerimanya 

dia baik
malah sgt baik
agak sukar utk aku menyakitkan hati dia

namun...

maaf
aku tak boleh
kerana cinta itu bukan milik kita lagi
kerana 
aku telah terbuang
akan indahnya cinta

yang lepas biarlah berlalu
tetap akan jadi yg lepas
biarkan ia  kekal di dlm ingatan
dan menjadi kenangan yg terindah dlm hidup ini

andai takdir mengatakan 
kita adalah jodoh
jodoh yg memang telah ditentukanNYA

aku akan terima kamu
aku akan redha dgn ketentuanNYA

tetapi...

itu bukan skrg
bukan kini
bukan harini
bukan esok
bukan tahun depan

ia mungkin
satu hari nanti
yang aku tidak tahu bila

kerana

"KITA HANYA BOLEH MERANCANG
tetapi
TUHAN YANG MENENTUKANNYA"

~sesungguhnya perancangan Allah adalah perancangan yg terbaik sekali~


2 comments:

Ckin Kembaq said...

sabar naa..kalu tak bersedia lagi, jangan hampirinya.. ^_^

~~faizatul akma~~ said...

insya'allah...thanks ckin...=)