Thursday, November 17, 2011

"It's All About Colour"

~HoLLaaa~

Ni sebenarnye adalah CONTEST dari cik nuyen

hehehehe




kak nad..
akma kan pernah suke BIRU gak taw
but not really into it
kejap je akma suke biru tu
sebab terpengaruh ngan seorang kawan sekejap
hohohoho

tp skrg,
akma sangat2x sukeeee ngan kaler PINK

It's my favourite colour sejak darjah 1 lagi
sebab suke PINK
adalah sebab
pink tu comey
ayu je nampak
lepas tu
sbb
mase akma darjah 1 tu
akma suke power ranger kaler PINK
sbb
org yg jd ranger PINK tu
comey
hahahaha



Comey kannn
sebab tu akma sukeee sangat2x ngan Pink
ngeee~

~PINK FOREVER~

hahahahahah



Ni Hadiah besday akma mase 21 tahun
sume kaler PINK
best sgt mase tu..hehehehe



They are so CUTE~


akma juga sangat suke Marshmellow
kalau ade yg kaler PINK mmg besh
hahaha



~Me in PINK~


Me and Friends

hurm,
mase akma blaja time asasi Law dulu,
kitorg mmg sgt giler PINK
dan ade tubuhkan geng2x pink ni la
dan kitorg gelarkan diri kitorg
PINKY GIRL

hahahaha

mase zaman kegilaan tuu
hohoho

okeh
akma tag
si comey Masyi



bye

=)

Wednesday, November 16, 2011

Selamat Hari Lahir ABAH~



abah aku

huhuhu
selamt hari lahir abah
smg sehat2x selalu
dan
hidup sentiasa di bawah limpah dan rahmat ilahi


Ayah ingin anak-anaknya mempunyai lebih banyak kesempatan daripada
dirinya,menghadapi lebih sedikit kesulitan, lebih tidak tergantung
pada siapapun
Ayah hanya menyuruhmu mengerjakan pekerjaan yang kamu sukai.
Ayah membiarkan kamu menang dalam permainan ketika kamu masih kecil,
tapi dia tidak ingin kamu menang ketika kamu sudah besar.
Ayah tidak ada di album foto keluarga, kerana dia selalau yg tangkap gambar.
Ayah selalu tepat janji!

Dia akan memegang janjinya untuk membantu seorang teman, meskipun
ajakanmu untuk pergi memancing sebenarnya lebih menyeronokkan.
Ayah akan tetap memasang kereta api listrik mainanmu selama
bertahun-tahun, meskipun kamu telah bosan, kerana ia tetap ingin kamu
main kereta api itu.

Ayah selalu sedikit sedih ketika melihat anak-anaknya pergi bermain
dengan teman-teman mereka kerana dia sedar itu adalah akhir masa kecil
mereka.

Ayah mulai merencanakan hidupmu ketika tahu bahawa ibumu hamil
(mengandungmu) , tapi begitu kamu lahir, ia mulai membuat memikirkan sesuatu.
Ayah membantu membuat impianmu jadi kenyataan bahkan diapun boleh
meyakinkanmu untuk melakukan hal-hal yang mustahil

Ayah mungkin tidak tahu jawapan segala sesuatu, tapi ia membantu kamu
mencarinya.
Ayah mungkin garang di matamu, tetapi di mata teman-temanmu dia
nampak lucu dan menyayangi.
Ayah sukarmenghadapi rambutnya yang mulai menipis....jadi dia
menyalahkan tukang cukurnya menggunting terlalu banyak di puncak
kepala~
itulah ayahayah yg sentiasa membantukumemahamikusentiasa ada bersamaku bersama maksentiasa menasihatikudan sentiasa sabar dgn kerenahku
TERIMA KASIH AYAH~

sumber ini

Tuesday, November 15, 2011

Sesuatu tentang Cinta~



Cinta
apa itu cinta?

tiada kata yg dpt mendifinisikan apakah yg dimaksudkan dgn "cinta"

cinta
mungkin dpt dirasai apabila satu daya tarikan kimia yg pelik mula merasuki diri
kehadirannya bagai satu daya tarikan elektrik yg tak dpt dilepaskan
bila dirinya berada disitu
terasa bagai ada satu daya tarikan elektro magnet yg tak dpt ditepis
sama ada di hati atau dijiwa

bila mata saling bertentang
terasa masa berhenti
dunia seakan milik kita
seakan diri kita yg wujud di dunia ni

hati mula berdegup pantas
terasa dunia berhenti seketika
nafas juga seakan terhenti
bagai halilintar merentasi jiwa

sukar untuk melepaskan diri dlm situasi begitu

aku
manusia biasa
pernah juga merasa situasi begitu

dulu..
aku seorang TOMBOY
kwn aku ramai lelaki
tu mase sekolah rendah la
sekolah menengah aku dah sekolah perempuan

aku tak pandai make-up
aku tak pandai bergaya
seluar slack dan BEGGY
serta T-shirt besar berlengan panjang selalu jd pilihanku

kalo pegi kelas tuisyen
aku mesti pakai baju kurung ngan sport shoes

tiada high heels dlm jiwa ku
tiada lips stick
bahkan
pencuci muka pon tak pernah wujud dlm diri mase aku sekolah menengah dulu

Perwatakan aku sgt TOMBOY
beg selempang

namun, aku tetap ade perasaan
hati naluri aku tetap PEREMPUAN
dan aku mula jatuh hati
pada seseorang di kelas tuisyen ku
sbb dulu sekolah menengah aku sekolah perempuan
aku tak pernah kwn ngan laki mase sekolah menengah
tp
sekolah rendah kwn aku semua laki
takde perempuan pon
huhuhuhu

aku suke tgk dia
cara dia duduk, perwatakan dia yg coOL
diam je
tak bising2x
takde geng
selalu bawa diri seorang2x
mcm
SANGAT BERPENDIRIAN

dari awal masuk tuisyen aku suke tgk dia
tp aku taw
cinta aku pasti takkan di balas
sebab dia sgt HENSEM
manusia yg PALING HENSEM
yg pernah aku nmpk mase tu

sbb mane2x perempuan pn mesti akan terpikat ngan dia
tp
dia bkn jenis lyn perempuan
dia SANGAT DINGIN
SANGAT2X TAK LAYAN ORG
dia pernah tengking org sbb org tu panggil dia mase cikgu tgh mengajar dlm kelas
huhuhuh
sgt cooL

jadi aku mmg sgt la tak berharap ngan dia
sbb ramai kot perempuan minat kat dia

namun,
pada suatu hari
aku yg suke dtg lmbt ke kelas ni
bertembung dgn dia
dia yg keluar dari kelas terpandang aku
aku yg nk keluar dari kelas
terpandang terus dan tepat pada matanya

mase tu
rase mcm takde org je kat sekeliling
pastu aku kuatkan diri utk tak tgk dia dan terus melangkah ke kelas

sejak daripada aritu
aku
kene ejek ngan kwn2x dia
diorg ejek aku dan dia
dan budak tu
mmg nmpk dia suke kat aku
sbb sejak aritu
dia asyik pandang aku
dan start kaco aku
tp

aku nak blaja mase tu
tak nak terlibat ngan perasaan2x cinta ni

jd aku buat keputusan utk
BERHENTI TUISYEN

jadi
lps tu aku tak pernah jumpe dia

takpe la
ade JODOH
kite jumpa lagi ek

tapi
aku sangat hormat dia
SEBAB DIA BOLEH TERIMA DIRIKU
SEADANYA
tanpa mengubah
aku utk menjadi org lain

hehehehe

p/s: kesah ni mase aku form 5...nk SPM pon sempat menggatal lagi ek..haish~ hohoho =P


Saturday, November 12, 2011

rasa di jiwa rahsia di hati~

mungkin
memberi sahaja tak mencukupi
sbb itu
ia pergi
jika tiada rasa
jgn dipaksa
biarkan ia pergi dgn rela hati
krn mungkin ada khilaf
mungkin ada salah
mungkin kehendak diri tidak sama dan tidak seerti

jd
jgn ada rasa benci
krn mungkin ada sesuatu disebaliknya
hikmah yg mungkin tidak akan mengerti

jadilah seorang yg memahami
bkn mendesak atau memaksa
jika ia tak dpt kekal
biarkan ia pergi

jika ia kekal
bersyukurlah krn serasi

sabar,pasrah
mungkin ada hikmah
muhasabah diri
mengerti kelemahan diri

diam
lihat
belajar
faham
memberi
tunggu
lihat
sabar





Kesah aku mase asasi


Ini adelah kesah dan cerita ku
mase aku asasi
byk suka duka woo mase aku blaja time asasi dlu
huhuhu

okeh
mase asasi dulu
aku blaja asasi undang-undang di Uitm, Shah Alam
but
aku tak teruskan bidang tu
sbb pointer la kot
hahahaha

lagipon kepala aku mmg pening ngan term2x undang2x ni
so degree aku sambung kat UKM
bidang hubungan antarabangsa

huhuhuhu
nak di jadikan cerita
mase aku asasi
aku ade la minat sorg budak ni
biase la
manusia
ade la minat2x ni
mase tu kan budak2x lagi
hohoho

pastu
mase tu ade la lawatan ke "Palace of Justice"
yg mane skrg dah tukar jadi
ISTANA KEADILAN
kat putrajaya tu
pastu
nk dijadikan cerita
kwn2x aku yg very da supportive ni tahu yg aku ni
mnt tahap gile2x la ngan budak ni
diorg pon suruh la aku tangkap gmbr
dkt ngan tmpt bdk tu duduk
then
jadi la gambar ni




budak tu pakai kot hijau betul2x kat belakang aku
hiraukan bdk yg pakai spek tu
hahahaha

nk dijadikan cerita lak
kwn2x aku ni
suruh la bdk laki tangkap gmbr budak tu
then budak laki tu setuju
budak laki tu adelah budak kelas aku

pastu
heboh 1 kelas yg aku suke kat budak yg kot ijau ni
ni disebabkan oleh budak yg tolong tangkap gmbr tu la
ish tak ikhlas punye budak

dia pergi heboh kat satu kelas ngan semua org yg aku suke kat budak kot ijau tu
gile betol
aku pon nangis tiap2x ari sbb tak dpt nk tahan malu
dan
aku dpt taw sbnrnyer bdk tu suke kat kwn aku yg suh tangkapkan gmbr dak kot ijau tu
tp aku mls nk heboh
dan aku benci budak laki yg heboh2x tu
hahahahahaha

ape la
zaman budak2x kan
actually aku dah tak ingt kesah ni
sbb dah 5 thn kot bende ni berlaku
tp aku dpt refresh balik berdasarkan emel yg aku bg kat mmber baik aku time sekolah dulu
ye la
dulu kan nk gune fon kedit terhad
emel je la yg dpt menghubungkan
takde kol2x
gmbr2x yg aku dpt ni pon sume dari emel
sbb dulu aku mne de fon yg leh ltk gmbr byk2x ni
takde memory card pon
huhuhuhu

tgk la gmber aku time asasi ni..



aku dan POOH yg aku beli time pesta konvo Uitm, Shah Alam



firt time aku pakai shawl..
mase ni shawl mane de popular lagi..huhuhu~





(ni bukan beard okeh..aku terpakse sensorkan aurat2x tuu..hahaha)

yo!
ni mase aku wat assgment group aku
kitorg kene wat drama
aku jadi bdk nakal
seorang LELAKI yg nakal
hahahaha
sbb takde laki dlm kumpulan aku
hohohoho
dan disebabkan ni lah
kwn aku panggil aku "AKMA yg KOOL"



ni lah budak yg aku minat time asasi dulu
name budak ni Hasyir kalo tak silap
tp org panggil USHER
wakakaka
umor bawah setahun drpd aku
tp budak ni CooL giler
pergi sane sini dgn buku
dan mase dlm bus aku tgk dia
dan dia ckp ngan aku yg dia pegang tu bkn BIBLE tp novel
hahaha
aku tak pikir pape pon
dan rumate aku ckp mate kitorg sepet
same je
huhuhuhu
but
tu kesah lame
aku dah lupekan pon
hahahaha

bende ni aku wat time aku mmg takde keje
gile lar
love 4 ever apekebendenyeeee
bdk tu bkn aku knl sgt pon
dulu ade nombor dia
tp malas aku nk contact
sbb
malu
pastu
wat abes kedit aku je
hahahahaha

p/s: kegilaan aku mase asasi mmg takde tolok bandingannyer...wakakakaka =P







Friday, November 11, 2011

Tentang......



Bila bercakap tentang CINTA @ LOVE
ianya berkaitan antara 2 perasaan hati dan juga 2 jiwa
yg bersatu dan saling memahami, menyukai dan membantu antara satu sama lain

CINTA
ia tidak boleh dipaksa
ia mungkin boleh dtg dgn sendirinya
dan juga boleh pergi dgn sendirinya juga

Namun...

Cinta itu
mungkin buta dan membutakan
sehingga
manusia leka dan tidak boleh membezakan
antara
PENGOBANAN dan juga KEBODOHAN

Cinta
ia boleh dtg pada semua manusia
boleh merasuki hati, jiwa dan juga peraasaan

bagaimanakah rasanya jika
CINTA
itu hadir antara seseorang dgn seorang yang lain yang telah mempunyai sebuah keluarga
dan kehidupannya sendiri?

seseorang yg sudah berkeluarga
menyatakan cintanya kpd seorang gadis
yg hatinya pada mulanya tidak tertarik
namun akhirnya
terpaksa akur krn si pemuda itu telah nmpk kesungguhannya terhadap gadis tersebut
namun,
pemuda itu sudah berkeluarga

remuk hati seorang gadis dan juga hampir tidak percaya kpd kata-kata si pemuda
kpd si gadis
apabila pemuda itu kelihatan begitu mesra bersama keluarganya
bersama anak perempuan kecil yang merintih mahukan kasih sayang seorang bapa

si gadis hanya melihat
si pemuda tersenyum kpd si gadis tatkala
mereka saling bertentang mata

si isteri pemuda pula
sedang asyik melayan kerenah sang anak yg petah berbicara

apakah semua ini?
apakah tidak timbul rasa bersalah si pemuda kpd keluarganya?

si gadis mula berbicara sendiri di jiwa

namun tiada jawapan
dan
hanya pergi jauh membawa diri
agar si pemuda mengerti
bahawa
tanggungjawabnya terhadap isterinya lebih penting daripada si gadis

si gadis
menyepi
membawa diri......


p/s: aku tak taw nape muncul cerita ni dlm mimpi aku...hurm~

Thursday, November 10, 2011

Memo Policy~

Tajuk : MEMO POLISI

(KEPENTINGAN AMERIKA SYARIKAT DI RANTAU ASIA PASIFIK)


Kepada: Hillary Clinton

Daripada: Staf Perancangan Dasar, Jabatan Luar Negeri

Perkara: Kepentingan Amerika Syarikat di rantau Asia-Pasifik

Tarikh: 2 September 2010

Memo ini bertujuan untuk menerangkan serta memberi nasihat kepada Setiausaha negara iaitu Hillary Clinton tentang kepentingan Amerika Syarikat di rantau Asia-Pasifik serta langkah-langkah yang perlu diambil semasa lawatan beliau ke Persidangan Asia Timur (East Asia Summit (EAS)) yang akan berlangsung di Hanoi pada bulan Oktober 2010, bagi mewakili Presiden Barack Obama.

Secara Spesifiknya, memo ini akan menerangkan serta memberikan nasihat kepada Setiausaha Hillary Clinton tentang isu mengenai :(a) Kepentingan Amerika Syarikat di rantau Asia-Pasifik, dan (b) melihat kepada kepentingan ini, apakah langkah spesifik yang kita harus cadangkan kepada Setiausaha untuk diambil sewaktu lawatan tersebut? Cadangan-cadangan ini harus merangkumi, tetapi tidak terhad kepada : mesej yang hendak disampaikan, proposal dasar yang hendak dimajukan, isu-isu yang harus dielakkan atau ‘downplay’, dan matlamat yang hendak dicapai.

Latar Belakang

Pergeseran kuasa geopolitik daripada Barat ke Timur menjadikan rantau Asia-Pasifik lebih penting kepada Amerika Syarikat lebih daripada dahulu. Rantau ini adalah enjin kepada ekonomi global, dan negara-negara utama Asia pula, menjadi aktor kepada ekonomi dan politik. Pentadbiran Obama memerlukan pendekatan yang lebih aktif kepada rantau Asia-Pasifik mengenai realiti geopolitik baru dan kedudukan Amerika Syarikat untuk menangani secara efektif dengan cabaran dan peluang yang terbentang dihadapan. Seperti strategi yang perlu dibina di atas penglibatan pendirian Amerika yang positif di Asia dan mengartikulasikan visi yang boleh memajukan kepentingan Amerika Syarikat serta menarik sokongan daripada negara-negara di rantau ini.[1] Hal ini menunjukkan rantau Asia-Pasifik merupakan rantau yang paling penting bagi Amerika Syarikat walaupun ini merupakan kali pertama Setiausaha Hillary Clinton hadir dalam Persidangan Timur Asia (East Asia Summit (EAS)).

Kepentingan Amerika Syarikat di rantau Asia-Pasifik

Hubungan Amerika Syarikat dengan rantau Asia-Pasifik bukan lagi merupakan satu fenomena baru. Pada bulan Februari 1784, Ratu China yang meninggalkan pelabuhan New York untuk berlayar dari timur ke China dan tiba di Macau pada bulan Ogos tahun tersebut. Beliau kembali ke Amerika Syarikat dengan membawa kiriman barang China yang mneghasilkan keuntungan sebesar $ 30,000. Pada tahun 1844, China diberikan hak oleh Amerika Syarikat dalam perdagangan melalui Perjanjian Wanghia. Pada tahun 1846, Amerika Syarikat buat pertama kalinya mengadakan satu rundingan perjanjian perdagangan dengan negara Jepun. Namun, usaha tersebut gagal. Akan tetapi pada satu dekad kemudian, Commodore C. Matthew Perry menyimpulkan bahawa Perjanjian Kanagawa, telah membuka pasaran barang-barang Jepun kepada Amerika Syarikat dan menyediakan perlindungan kepada Pelaut Amerika yang terdampar. Perdagangan Amerika Syarikat dengan Asia kemudiannya menjadi bertambah pesat yang mana pada masa kini, China dianggap “pasaran kepada masa depan” ( market of the future). Namun, Kepentingan Amerika Syarikat di rantau ini semakin berkembang jauh terutamanya dari segi ekonomi dan perlaburan.[2]

Selain itu, menurut Presiden Clinton dalam Laporan Starategi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat pada 21 Julai 1994, meletakkan tiga objektif utama terhadap strategi Keselamatan Amerika Syarikat. Antaranya ialah: Untuk meningkatkan keselamatan dengan mengekalkan kebolehan pertahanan yang kuat dan mempromosikan langkah-langkah keselamatan secara kerjasama, untuk membuka pasaran luar dan menggalakkan pertubuhan ekonomi global, dan untuk mempromosikan demokrasi di luar negara. Merujuk kepada rantau Asia-Pasifik, beliau menyatakan bahawa “kini lebih daripada sebelumnya, keselamatan, pasaran terbuka dan demokrasi semakin berleluasa di rantau ini dengan penuh semangat”.[3] Hal ini menunjukkan bahawa, Amerika Syarikat mempunyai tiga kali ganda kepentingannya di rantau Asia ini.

Rangkaian perikatan Amerika Syarikat di Asia-Pasifik terjadi semasa era Perang Dingin lagi. Namun, rangkaian ini tidak hilang selepas Perang Dingin tamat. Amerika Syarikat menganggap perikatan keselamatan mutual dengan negara-negara seperti Australia, Jepun, Filipina, Republik Korea (ROK), dan juga Thailand dianggap sebagai landasan dasar keselamatan serantau yang menjadi kunci kepada strategi ketenteraan Amerika Syarikat di Asia dan ia juga merupakan satu cara untuk mengekalkan peranan kepimpinan Amerika Syarikat di dalam hubugan keselamatan serantau. Amerika Syarikat memperkuatkan lagi perikatannya dengan negara seperti Australia pada tahun 1996 dan menikmati hubungan kerjasama dengan negara yang mempunyai spektrum yang lebih meluas dalam isu duahala (bilateral), rantau (regional) dan juga pelbagai hala (multilateral).

Perikatan Amerika Syarikat dengan Jepun merupakan satu perikatan yang penting terutamanya dari segi kepentingan keselamatan Amerika Syarikat. Perikatan Amerika Syrikat dengan Jepun merupakan satu perikatan ketenteraan yang kuat dalam rantau ini dan menjadi ‘hub’ Amerika Syarikat serta menjadi pemimpin kepada rangkaian perikatan ketenteraan. Jepun menyediakan pangkalan ketenteraan kepada Amerika Syarikat dan ia merupakan dasar yang merupakan prasyarat bagi kehadiran tentera Amerika Syarikat di Asia. Selain itu, Jepun juga menghantar sebanyak 70% daripada perbelanjaan ketenteraan untuk pasukan Amerika yang ditempatkan di Jepun.[4] Adalah menjadi satu kebiasaan di mana Amerika Syarikat memberikan perhatian yang istimewa kepada perikatan keselamatannya iaitu Jepun.

Hubungan Amerika dengan China bermula dengan hubungan Sino-Amerika. Naum, hubungan ini dilihat gagal untuk mendefinisikan kepentingan yang sama antara Amerika dan China pada zaman kebangkitan Soviet Union. China juga berkongsi kepentingan yang sama dengan Amerika Syarikat dalam mengekalkan kestabilan di wilayah semenanjung Korea. Pada hari ini, China dilihat penting dari segi ekonomi. Hal ini kerana ekonomi China dilihat semakin meningkat dan boleh menukar hubungan politik dan ekonomi di rantau Asia-Pasifik. Hubungan Amerika Syarikat dengan Republik Korea adalah satu perikatan ketenteraan yang paling berkebolehan dan bersepadu di dunia. Malangnya, cabaran hubungan duahala ini sebahagian besarnya tidak mendapat perhatian secara eksklusif ke atas polisi Korea Utara dan ini menjadi persoalan diantara komitmen Washington dan Seoul dalam perikatan dan samada mereka berkongsi satu visi yang sama dalam perikatan dari segi hubungan politik di semenanjung korea yang sedang berevolusi.

Cadangan Dasar (Policy Recommendations)

Berdasarkan analisis terhadap kepentingan Amerika Syarikat terhadap Asia-Pasifik ini, kami mencadangkan beberapa cadangan yang boleh diambil oleh Setiausaha semasa lawatan ke Persidangan Asia Timur (EAS) yang akan datang:

1) Hubungan baik dengan Asia-Pasifik harus dikekalkan supaya kepentingan di rantau tersebut terutamanya dari segi ekonomi,politik dan juga keselamatan dapat dikekalkan.

2) Jepun merupakan pangkalan ketenteraan Amerika Syarikat,jadi hubungan baik dengan Jepun harus di kekalkan supaya tidak kehilangan ‘hub’ di rantau Asia-Pasifik.

3) Kebangkitan ekonomi China akan mengubah dasar serta hubungan di rantau Asia-Pasifik. Oleh itu, hubungan baik dengan China harus dikekalkan agar dapat meneruskan perdagangan di rantau Asia-Pasifik dengan lebih baik lagi.

4) Elakkan daripada mempunyai krisis dengan China supaya hubungan ekonomi dapat dijalankan dengan baik.

5) Hubungan dengan Korea harus diperhebatkan lagi terutamanya dalam isu seperti persenjataan “non-nuclear” di Semenanjung Korea.

6) Akhir sekali, hubungan dengan semenanjung Korea juga dilihat dapat menyeimbangkan kuasa kebangkitan China di rantau Asia-Pasifik. Hal ini kerana kepentingan di semenanjung Korea itu di kongsi bersama.



[1] Cossa, R. A., Glosserman, B., McDevitt, M. A., Nirav Patel,

Przystup, J., & Roberts, B. 2009. The United States and the Asia-Pacific Region:

Security Strategy for the Obama Administration. Washington: Center for a New American Security.

[2] Ibid.

[3] Tao Wenzhao.1999. U.S. Interests in the Asia-Pacific Region. Peace Review .11(3) 423.

[4] Ibid.


p/s: disebabkan ramai kwn2x aku tanye camne nk wat memo polisi..ni lah dia...ni adalah assignment aku mase semester 1 (2010)


Tuesday, November 8, 2011

Team Medical Dragon 2~


cite yg besh
tak sabar
nk tgk Team Medical Dragon 3
harap2x Team Medical dragon 4 ade la
besh
cite pasal seorang doktor yg sgt handal
dan cooL
kes medical yg susah2x pon dgn tenang je dia wat dan akhirnya berjaya
COOL SANGAT..

rasenye kat dunia sbnr aku ade jumpe org camni
sgt low profil
sgt mantap
dan kalo dia memimpin
mmg sgt hebat
cuma dia sgt low profil
sume org ckp besh kalo dia memimpin ktorg berbanding dgn ketua yg sedia ade mase tu
caya la

huhuhuhu~

so SICK~



I'm so fed up with my thoughts of you
And your memory
And how every song reminds me
Of what used to be

That's the reason I'm so sick of love songs
So tired of tears
So done with wishing you were still here
Said I'm so sick of love songs so sad and slow
So why can't I turn off the radio?

Saturday, November 5, 2011

C.I.N.T.A


Awak...
dulu,
awak selalu bagi bunga kat saya
kaler putih
cantik sangat
saya mmg sgt suke bunga ros kaler putih
comel sgt
awak pon ada bagi
bunga kaler merah
saya letak bunga tu
dpn meja saya
tiap2x hari
saya tgk je bunga tu

tapi...

bunga tu kan
semakin hari
semakin layu
dah tak cantik pon
saya sayang sgt nk buang bunga tu
saya simpan bunga tu dalam kotak
ada lagi bunge tu sampai skrg saya masih simpan lagi

tapi..

saya mula berputus asa
pada awak
sebab
awak ramai sgt peminat
ramai perempuan minat kat awak
serius saya rasa sgt tergugat
tapi saya pendam je dalam hati
saya tak nak marah awak
saya tak nak tunjuk yang saya sgt jelez bila ade perempuan dekat dgn awak
bile awak cerita ada perempuan nk berkenalan dgn awak
saya senyum je
sambil tahan geram dalam hati
saya tak nak marah awak
sbb saya sgt sayangkan awak

tapi..
pada suatu hari
awak cakap
saya bukan ayang awak
sbb saya mcm pentingkan agama
ye la
saya nak bersama awak lepas kahwin
lepas dah halal
tapi
awak tak faham
awak tak faham kehendak saya
saya pun tak reti nk jage hati awak
jadi
awak ambil keputusan utk putus dgn saya
saya sgt sedih
malah sampai nk bunuh diri
tp
saya rase tak patut saya wat sume tu
sbb saya fikir mungkin ada hikmah sume ni terjadi
saya sedih
tp
saya harus pasrah
sbb semua ni kan ketentuan tuhan...


awak..
ketahuilah
dalam hati saya
tak pernah ada org lain selain awak
saya sangat sayangkan awak
bkn sbb rupa
bkn sbb harta
bkn sbb awk caring
bkn sbb awak pandai ambil hati
tp sebab awak adalah awak
dan takde sebab yg boleh saya jelaskan nape saya sgt sayangkan awak
tp
saya tahu
tak mungkin saya dpt bersama dgn awak
sbb awak dah bahagia skrg
dgn pasangan yang baru
nmpk awak sgt bahagia

takpe la
mencintai tak semestinya memiliki
saya sentiasa mendoakan kebahagiaan awak bersamanya
smg awak sentiasa bahagia bersama dia yang awak cintai....


Friday, November 4, 2011

Kumpulan Nasyid indie: MiSK

ade org ckp susah nk cari info pasal group ni
yup
mmg sgt susah
aku nk download lagu ni pn ssh gak..huhuh
ni ade sedikit informasi pasal kumpulan ni


MISK KASTURI ENTERTAINMENT telah ditubuhkan pada 5 Mei 2008 untuk memenuhi wawasan dan misi kumpulan nasyid MISK bagi meluaskan lagi empayar industri nasyid tanahair di samping melebarkan sayap dakwah kepada kumpulan sasaran yang lebih luas dan global. Dengan izin Allah s.w.t., semangat dan kesungguhan pihak pengurusan dan kakitangan untuk mewujudkan satu konsep NASYID BERMOTIVASI selaras dengan motto syarikat iaitu Penyalur Tarbiyah Ummah akan menjadi suatu momentum yang kuat ke arah kejayaan MISK KASTURI ENTERTAINMENT yang diharapkan.

































semua ni di copy n paste pada blog kumpulan nasyid MiSK



p/s: hurm..baru perasan ade 4 org je biodata ni...ni di copy terus dari blog kumpulan ni...myb mase tu yg sorg g tu tak masok g kot..hehehe

Tuesday, November 1, 2011

Jodoh dan Takdir~



Ya Allah
tenangkanlah hatiku
dgn segala ketentuanMU
sesungguhnya KAU maha mengetahui
Pasrahkanlah hatiku dgn segala TakdirMu Ya Allah

Kurniakanlah seorang yg menyintaiku
bkn krn rupa dan juga nafsu
tp krn
CINTANYA YANG HANYA KEPADAMU
YA ALLAH

Kurniakanlah kpdku seseorg yg boleh membimbing aku ke jalan keredhaanMU~

Hari yg gembira...weeehuuu =)



SMILEEE =)