Thursday, November 10, 2011

Memo Policy~

Tajuk : MEMO POLISI

(KEPENTINGAN AMERIKA SYARIKAT DI RANTAU ASIA PASIFIK)


Kepada: Hillary Clinton

Daripada: Staf Perancangan Dasar, Jabatan Luar Negeri

Perkara: Kepentingan Amerika Syarikat di rantau Asia-Pasifik

Tarikh: 2 September 2010

Memo ini bertujuan untuk menerangkan serta memberi nasihat kepada Setiausaha negara iaitu Hillary Clinton tentang kepentingan Amerika Syarikat di rantau Asia-Pasifik serta langkah-langkah yang perlu diambil semasa lawatan beliau ke Persidangan Asia Timur (East Asia Summit (EAS)) yang akan berlangsung di Hanoi pada bulan Oktober 2010, bagi mewakili Presiden Barack Obama.

Secara Spesifiknya, memo ini akan menerangkan serta memberikan nasihat kepada Setiausaha Hillary Clinton tentang isu mengenai :(a) Kepentingan Amerika Syarikat di rantau Asia-Pasifik, dan (b) melihat kepada kepentingan ini, apakah langkah spesifik yang kita harus cadangkan kepada Setiausaha untuk diambil sewaktu lawatan tersebut? Cadangan-cadangan ini harus merangkumi, tetapi tidak terhad kepada : mesej yang hendak disampaikan, proposal dasar yang hendak dimajukan, isu-isu yang harus dielakkan atau ‘downplay’, dan matlamat yang hendak dicapai.

Latar Belakang

Pergeseran kuasa geopolitik daripada Barat ke Timur menjadikan rantau Asia-Pasifik lebih penting kepada Amerika Syarikat lebih daripada dahulu. Rantau ini adalah enjin kepada ekonomi global, dan negara-negara utama Asia pula, menjadi aktor kepada ekonomi dan politik. Pentadbiran Obama memerlukan pendekatan yang lebih aktif kepada rantau Asia-Pasifik mengenai realiti geopolitik baru dan kedudukan Amerika Syarikat untuk menangani secara efektif dengan cabaran dan peluang yang terbentang dihadapan. Seperti strategi yang perlu dibina di atas penglibatan pendirian Amerika yang positif di Asia dan mengartikulasikan visi yang boleh memajukan kepentingan Amerika Syarikat serta menarik sokongan daripada negara-negara di rantau ini.[1] Hal ini menunjukkan rantau Asia-Pasifik merupakan rantau yang paling penting bagi Amerika Syarikat walaupun ini merupakan kali pertama Setiausaha Hillary Clinton hadir dalam Persidangan Timur Asia (East Asia Summit (EAS)).

Kepentingan Amerika Syarikat di rantau Asia-Pasifik

Hubungan Amerika Syarikat dengan rantau Asia-Pasifik bukan lagi merupakan satu fenomena baru. Pada bulan Februari 1784, Ratu China yang meninggalkan pelabuhan New York untuk berlayar dari timur ke China dan tiba di Macau pada bulan Ogos tahun tersebut. Beliau kembali ke Amerika Syarikat dengan membawa kiriman barang China yang mneghasilkan keuntungan sebesar $ 30,000. Pada tahun 1844, China diberikan hak oleh Amerika Syarikat dalam perdagangan melalui Perjanjian Wanghia. Pada tahun 1846, Amerika Syarikat buat pertama kalinya mengadakan satu rundingan perjanjian perdagangan dengan negara Jepun. Namun, usaha tersebut gagal. Akan tetapi pada satu dekad kemudian, Commodore C. Matthew Perry menyimpulkan bahawa Perjanjian Kanagawa, telah membuka pasaran barang-barang Jepun kepada Amerika Syarikat dan menyediakan perlindungan kepada Pelaut Amerika yang terdampar. Perdagangan Amerika Syarikat dengan Asia kemudiannya menjadi bertambah pesat yang mana pada masa kini, China dianggap “pasaran kepada masa depan” ( market of the future). Namun, Kepentingan Amerika Syarikat di rantau ini semakin berkembang jauh terutamanya dari segi ekonomi dan perlaburan.[2]

Selain itu, menurut Presiden Clinton dalam Laporan Starategi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat pada 21 Julai 1994, meletakkan tiga objektif utama terhadap strategi Keselamatan Amerika Syarikat. Antaranya ialah: Untuk meningkatkan keselamatan dengan mengekalkan kebolehan pertahanan yang kuat dan mempromosikan langkah-langkah keselamatan secara kerjasama, untuk membuka pasaran luar dan menggalakkan pertubuhan ekonomi global, dan untuk mempromosikan demokrasi di luar negara. Merujuk kepada rantau Asia-Pasifik, beliau menyatakan bahawa “kini lebih daripada sebelumnya, keselamatan, pasaran terbuka dan demokrasi semakin berleluasa di rantau ini dengan penuh semangat”.[3] Hal ini menunjukkan bahawa, Amerika Syarikat mempunyai tiga kali ganda kepentingannya di rantau Asia ini.

Rangkaian perikatan Amerika Syarikat di Asia-Pasifik terjadi semasa era Perang Dingin lagi. Namun, rangkaian ini tidak hilang selepas Perang Dingin tamat. Amerika Syarikat menganggap perikatan keselamatan mutual dengan negara-negara seperti Australia, Jepun, Filipina, Republik Korea (ROK), dan juga Thailand dianggap sebagai landasan dasar keselamatan serantau yang menjadi kunci kepada strategi ketenteraan Amerika Syarikat di Asia dan ia juga merupakan satu cara untuk mengekalkan peranan kepimpinan Amerika Syarikat di dalam hubugan keselamatan serantau. Amerika Syarikat memperkuatkan lagi perikatannya dengan negara seperti Australia pada tahun 1996 dan menikmati hubungan kerjasama dengan negara yang mempunyai spektrum yang lebih meluas dalam isu duahala (bilateral), rantau (regional) dan juga pelbagai hala (multilateral).

Perikatan Amerika Syarikat dengan Jepun merupakan satu perikatan yang penting terutamanya dari segi kepentingan keselamatan Amerika Syarikat. Perikatan Amerika Syrikat dengan Jepun merupakan satu perikatan ketenteraan yang kuat dalam rantau ini dan menjadi ‘hub’ Amerika Syarikat serta menjadi pemimpin kepada rangkaian perikatan ketenteraan. Jepun menyediakan pangkalan ketenteraan kepada Amerika Syarikat dan ia merupakan dasar yang merupakan prasyarat bagi kehadiran tentera Amerika Syarikat di Asia. Selain itu, Jepun juga menghantar sebanyak 70% daripada perbelanjaan ketenteraan untuk pasukan Amerika yang ditempatkan di Jepun.[4] Adalah menjadi satu kebiasaan di mana Amerika Syarikat memberikan perhatian yang istimewa kepada perikatan keselamatannya iaitu Jepun.

Hubungan Amerika dengan China bermula dengan hubungan Sino-Amerika. Naum, hubungan ini dilihat gagal untuk mendefinisikan kepentingan yang sama antara Amerika dan China pada zaman kebangkitan Soviet Union. China juga berkongsi kepentingan yang sama dengan Amerika Syarikat dalam mengekalkan kestabilan di wilayah semenanjung Korea. Pada hari ini, China dilihat penting dari segi ekonomi. Hal ini kerana ekonomi China dilihat semakin meningkat dan boleh menukar hubungan politik dan ekonomi di rantau Asia-Pasifik. Hubungan Amerika Syarikat dengan Republik Korea adalah satu perikatan ketenteraan yang paling berkebolehan dan bersepadu di dunia. Malangnya, cabaran hubungan duahala ini sebahagian besarnya tidak mendapat perhatian secara eksklusif ke atas polisi Korea Utara dan ini menjadi persoalan diantara komitmen Washington dan Seoul dalam perikatan dan samada mereka berkongsi satu visi yang sama dalam perikatan dari segi hubungan politik di semenanjung korea yang sedang berevolusi.

Cadangan Dasar (Policy Recommendations)

Berdasarkan analisis terhadap kepentingan Amerika Syarikat terhadap Asia-Pasifik ini, kami mencadangkan beberapa cadangan yang boleh diambil oleh Setiausaha semasa lawatan ke Persidangan Asia Timur (EAS) yang akan datang:

1) Hubungan baik dengan Asia-Pasifik harus dikekalkan supaya kepentingan di rantau tersebut terutamanya dari segi ekonomi,politik dan juga keselamatan dapat dikekalkan.

2) Jepun merupakan pangkalan ketenteraan Amerika Syarikat,jadi hubungan baik dengan Jepun harus di kekalkan supaya tidak kehilangan ‘hub’ di rantau Asia-Pasifik.

3) Kebangkitan ekonomi China akan mengubah dasar serta hubungan di rantau Asia-Pasifik. Oleh itu, hubungan baik dengan China harus dikekalkan agar dapat meneruskan perdagangan di rantau Asia-Pasifik dengan lebih baik lagi.

4) Elakkan daripada mempunyai krisis dengan China supaya hubungan ekonomi dapat dijalankan dengan baik.

5) Hubungan dengan Korea harus diperhebatkan lagi terutamanya dalam isu seperti persenjataan “non-nuclear” di Semenanjung Korea.

6) Akhir sekali, hubungan dengan semenanjung Korea juga dilihat dapat menyeimbangkan kuasa kebangkitan China di rantau Asia-Pasifik. Hal ini kerana kepentingan di semenanjung Korea itu di kongsi bersama.



[1] Cossa, R. A., Glosserman, B., McDevitt, M. A., Nirav Patel,

Przystup, J., & Roberts, B. 2009. The United States and the Asia-Pacific Region:

Security Strategy for the Obama Administration. Washington: Center for a New American Security.

[2] Ibid.

[3] Tao Wenzhao.1999. U.S. Interests in the Asia-Pacific Region. Peace Review .11(3) 423.

[4] Ibid.


p/s: disebabkan ramai kwn2x aku tanye camne nk wat memo polisi..ni lah dia...ni adalah assignment aku mase semester 1 (2010)


No comments: