Sunday, March 4, 2012

Setulus Kasih untuk Alyssa...

Salam semua...
actually, ni pertama kali aku tulis cerpen +____+
tak taw lah camne..=___= "
so, kalau ade salah dan silap ke
bosan ke
sila-sila la komen k...
hope enjoy
^____^V

******************************************************************

Akhirnya impian seorang gadis desa yang kecil molek dan juga jelita ini tercapai apabila dia membuka sepucuk surat yang diterimanya sebentar tadi menyatakan bahawa permohonannya untuk memasuki salah sebuah universiti yang terkemuka di Malaysia telah diterima.

“Ibu...Lyssa dapat tawaran masuk ke universiti ni…bestnyee..boleh la Lyssa teruskan cita-cita Lyssa untuk jadi ahli kimia terkemuka dan membantu ibu…” kata Alyssa Sofea sambil memeluk ibunya yang sedang memasak di dapur.

“Wah..bagus la tu, Lyssa…Bila tarikh kemasukkannya tu? Nanti ibu belikan barang-barang keperluan Lyssa ye..Patut la ibu rasa macam nak masak sedap-sedap harini...”

Ibu Alyssa tersenyum.

Sungguh tenang hati Alyssa apabila melihat senyuman yang lahir dari seorang ibu yang telah bersusah payah membesarkan mereka adik-beradik sejak kematian ayahnya tujuh tahun yang lepas. Sejak dari itu, hanya ibunyalah yang menjadi tunggak keluarga Alyssa yang bekerja siang dan malam tanpa mengenal erti penat lelah membesarkan mereka. Nasib baik arwah ayahnya ada meninggalkan sebidang tanah untuk dikerjakan bagi menyara kehidupan mereka itu.

Alyssa Sofea merupakan anak sulung daripada 5 orang adik-beradik. Apabila ibunya tiada dirumah, Alyssalah yang memikul tanggungjawab seorang ibu kepada adik-adiknya dengan menyediakan makanan dan menguruskan rumah mereka apabila ibunya keluar untuk mengerjakan tanah yang dimiliki oleh keluarga mereka. Selain itu, Alyssa juga merupakan tempat di mana adik-adiknya bermanja apabila ibunya terlalu sibuk meguruskan perkejaannya diluar.

Apabila memikirkan tentang kesusahan hidupnya yang tidak mempunyai bapa dan juga penat-lelah membahagikan masa untuk belajar serta menguruskan rumah, dia berasa sangat sedih namun, lega kerana akhirnya segala penat lelah dan usahanya itu membuahkan hasil apabila dia telah berjaya diterima untuk memasuki sebuah universiti dan meneruskan impiannya untuk menjadi seorang ahli kimia yang terkemuka.

****************************************************

Hari pendaftaran telah tiba.

Alyssa hanya bersendirian. Kerenah Ahmad, si adik bongsu berumur 3 tahun yang asyik menangis sejak semalam membuatkan ibu tidak dapat menemaninya. Irfan adik keduanya pula sedang sibuk membuat persediaan untuk menghadapi SPM yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

Sedang Alyssa mengalas begnya dan berjalan menuju ke kaunter pendaftaran di Lobi tempat pendaftaran kolej kediaman.....Tiba-tiba….

“Weyh, Lyssa…Kau masuk kat sini jugak ke? Nape tak bagitau kat aku…”

Alyssa terkejut. Lalu memandang ke arah suara yang menegurnya itu.

“Lahh…Kau Munif!! Aku ingat sape lah yang terjerit-jerit kat aku tadi…Aik, kan kau dapat tawaran JPA pergi oversea?? Nape kau ade kat sini pulak???”

“Aku rindu kat kau la, Lyssa…Mana boleh aku tinggalkan kau sorang-sorang kat Malaysia ni..mestilah aku kene temankan kau..hahahaha” kata Munif sambil ketawa.

“Ah..merepeklah kau ni…dah2x…tolong aku angkat beg ni..hahaha” balas Alyssa bergurau sambil memberikan beg galasnya kepada Munif.

“Cis, satu beg pun suruh aku angkat..kau ni memang tak pernah berubahlah, Lyssa…Lyssaa...Lyssaaa” kata Munif sambil mengelengkan kepalanya dan mengangkat beg galas tersebut menuju ke kaunter pendaftaran yang telah ditetapkan. Kebetulan kaunter pendaftaran kolej kediaman wanita dan juga lelaki terletak hanya bersebelahan sahaja.

Munif Razali merupakan kawan karib Alyssa sejak kecil lagi. Dialah teman Alyssa ketika suka dan duka, perit, pedih, tempat dia mengadu segala kesedihan dan juga merupakan teman belajar Alyssa. Rakan-rakan di sekolah sering mengatakan bahawa mereka telah mempunyai hubungan yang sangat istimewa namun, kenyataan ini telah disangkal hebat oleh Alyssa. Dia menyatakan bahawa Munif adalah rakan baiknya yang sentiasa membantunya. Akan tetapi, Alyssa tidak mengetahui bahawa jauh disudut hati Munif terselit sekelumit cinta yang hanya wujud untuk Alyssa sahaja. Dia sanggup menggadaikan nyawanya dan apa jua untuk Alyssa namun, hanya mampu untuk memendam rasa kerana keadaan pada masa itu yang mana mereka perlu untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran dan mengetepikan soal hati dan juga perasaan pada ketika itu.

Munif masih ingat lagi ketika Alyssa begitu ayu mengenakan sepasang baju kurung warna oren lembut hadiah hari jadi yang diberikan olehnya pada hari jadinya. Begitu anggun sekali tatkala dia memakainya, ditambah pula dengan senyumannya yang begitu menawan membuatkan hatinya mengelamun jauh bersamanya namun, dia terpaksa memendam dan menyimpan rasa tersebut erat di dalam hatinya.

“Woi..kau pergi mane tu?” jerit Zaidi Razak dekat telinga Munif.

Zaidi Razak merupakan teman sekuliah, teman rapat, teman buli dan juga teman sebilik Munif sejak menjejakkan kaki ke menara gading dalam bidang pengajian perubatan, sama seperti Munif.

“aaaa…kacaulah kau ni…aku nak mengelamun sikit pun tak boleh”

“Banyak la kau mengelamun, kan kite tengah buat latihan ni…aku nak tanye kau pasal ortopedik ni..aku tak paham laaaa…ko kan terer pasal tulang-tulang ni” kata Zaidi.

“Ape tulang-tulang? Nah..amek kau..ni tulang kau..” kata Munif sambil mengetuk kepala Zaidi dengan kotak pensil yang berada di sebelahnya.

Mereka pun ketawa. Namun, disebabkan orang sekeliling mula memandang pelik melihat kelakuan mereka itu, mereka pun meneruskan membuat latihan mereka. Sebenarnya mereka sedang berbincang mengenai latihan dan juga tugasan yang diberikan oleh pensyarah tadi di kafe kolej mereka sambil menikmati makan tengah hari bersama-sama.

*******************************************

Pejam, celik, pejam, celik telah setahun mereka belajar di universiti tesebut. Munif dan Zaidi semakin sibuk dengan tugasan yang diberikan dan Alyssa pula semakin fokus dengan pelajarannya dan juga sedang berusaha untuk mengejar impiannya untuk menjadi seorang ahli kimia yang terkemuka.

Semakin lama, hubungan Alyssa dan juga Munif semakin renggang kerana masing-masing sibuk menguruskan urusan hal mereka sendiri ditambah pula, jurusan yang berlainan menyebabkan mereka semakin jarang untuk berjumpa. Namun, Munif tetap berusaha untuk pergi ke kafe kolej mereka sekali sekala untuk menjenguk Alyssa, tetapi hampa kerana Alyssa selalunya tiada di sana kerana dia lebih suka untuk belajar di perpustakaan.

Pada tengah hari yang indah..sedang asyik Munif menikmati makanan tengah harinya seorang diri, telefon bimbit Munif bergetar. Tertera nama seorang wanita yang sangat dicintainya itu, Alyssa Sofea.

“Hah, Lyssa….ribut petir takde..apsal kau tepon aku ni?? ni mesti kau rindu aku kannnn???”

“Weyh…kau ni..cakap elok-elok dengan aku boleh tak??? Aku dengar laa..tak payah la terjerit-jerit..sakit otak aku, kau tahuuuu…Papepun bagilah salam dulu..”, bebel Alyssa.

“Hehehe..Assalamua’alaikum…takde la…dah lame kau tak contact aku..harini ujan takde petir pun memanglah takde, tetibe je kau tepon aku ni ade ape? Nak merengek lagi la tu..hahaha”, usik Munif.

“eeee..mane ade…hurm..aku nak minta tolong kau sikit boleh tak?”

“Hurm..mintak tolong banyak pun boleh..hahaha..kau nak mintak tolong ape ni? tolong masuk meminang kau esok ke? Hahaha..boleh je..aku takde hal punye...hahaha” kata Munif sambil ketawa.

“kau ni kannn..kalau tak main-main leh tak?? Doktor ape main-main camni? Bertambah sakit pesakit nanti..leh tak tolong aku ni??”

“Hah…kalo ko nak ape-ape turun kat kafe kolej ni..aku ade kat sini”

“Cis, kalo cakap awal-awal tadi kan senang…ok aku turun sekarang” kata Alyssa dan terus menekan butang merah pada telefon bimbitnya.

“aaaa….eh…helloo…hello….haish..tak menyempat budak ni…aku baru je nak cakap dengan dia ni..sabar je la aku budak ni..takpe la…jap gi dia turun la tu..huhuhu”, bebel Munif apabila talian telefon begitu mudah dimatikan Alyssa.

Sepuluh minit kemudian,

Datanglah sang puteri anggun yang selalu di “stalkernya” itu..

“wah, wanginya..bidadari mane baru turun dari langit ni??”

“banyak la kau punye bidadari…ni aku la Alyssa…kau ni….merepek je..eh..mane zaidi?? Takde ke arini?? Selalu dia menepek je dgn kau tiap-tiap hari..”

“dia wat tugasan sikit…malas aku nak kacau orang tengah khusyuk study tu..eh..dia je kau tanye..aku ni kau tak nak tanye khabar ke? Hahaha…kau dah makan?? Kalau belum pergi kat kaunter tu..aku belanje kau…”

“hehehe….Kalau aku tau kau nk belanje takde la aku makan nasi lemak pagi tadi..huhu…eh..haaa..aku nak mintak tolong sikit leh tak? Ala, Abang kau kan doktor kat area kawasan ni gak kan? Leh tak kau tolong carikan aku kerja sambilan kat sini? Leh tak? Leh laaa….”

“ish..tak boleh..tak boleh…kau tu bukan boleh..nanti merengek je kejenya…duk sini belajar elok-elok..hahahaha…” kata munif sekadar mengusik.

“laaaa..boleh laaa…please..pleaseeeee” rayu Alyssa.

“ye la....ok…ok..nanti aku tolong tanye kan..sebelum tu kau kene teman aku makan dulu…hahaha”

“yess..ok…kau order..aku makan ye..hahahaha…”

“budak ni….ok..kau tunggu jap..aku belikan makanan kau jap..jangan lari ek..hahaha” kata Munif sambil pergi ke kaunter sambil memesan makanan.

Alyssa tersenyum lega.

Begitulah gelagat mereka bila berjumpa..ada saja yang tak kena. Munif selalu mengusik Alyssa..kadang-kadang sampai Alyssa menangis di usiknya..Alyssa pula, begitu manja dengannya…ketiadaan ayah, mengakibatkan dia menjadikan Munif sebagai penganti tempat dia bermanja dan mengadu nasib. Munif pula, tidak kisah dan tetap sabar dengan kerenah Alyssa kerana dalam nakal-nakal Munif terselit sedikit sifat matang dalam dirinya. Mungkin disebabkan dia merupakan anak kedua dan merupakan tunggak keluarga selepas abangnya mula mendirikan rumah tangga dan tinggal di Kuala Lumpur berdekatan dengan tempat dia belajar itu. Munif masih mempunyai ayah, namun dia sering membantu ayah dan juga ibunya dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan keluarganya itu.

Dengan pertolongan daripada abang Munif, Alyssa akhirnya dapat bekerja sebagai pelayan di restoran berdekatan dengan tempat belajarnya. Kesempitan hidup yang alami oleh Alyssa setelah adiknya, Irfan berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara memaksanya untuk bekerja sendiri bagi menampung yuran pengajian dan juga perbelanjaan sara dirinya. Pinjaman yang diterimanya itu tidak mencukupi memandangkan kehidupan yang semakin tinggi tarafnya dari semasa ke semasa. Munif pula, secara suka rela ingin menjadi pembantu peribadi Alyssa dengan menghantar Alyssa balik dan pulang ke kolej jika ada kelapangan memandangkan abangnya telah membelikan sebuah kereta untuk memudahkan pergerakannya ke kuliah.

**************************************

Pada satu hari yang indah…

“Cik, kira….” Jerit seorang pelanggan yang tidak sabar ingin meninggalkan kedai tersebut.

Alyssa pun dengan kelam kabut datang ke arah jeritan suara tersebut dan mengira jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh pelanggannya itu. Alyssa tidak sedar, semasa dia sedang sibuk mengira, pelanggan tersebut pula sedang asyik merenung dan mula terpegun dengan kecantikkan wajah yang dimilki oleh gadis kecil molek itu.

“Hurm…semuanya RM 12.00 ye, encik…sila bayar di kaunter” kata Alyssa lembut.

“Oh..ok..ok”, pelanggan tersebut menurut.

Mulai saat itu dan juga hari tersebut, pelanggan yang sama datang untuk makan di kedai tersebut hampir setiap hari. Setiap hari, pasti ada dia. Alyssa mula berasa pelik dengan kelakuan pelanggan tersebut. Kadang-kala, dia kelihatan seperti memerhatikan dirinya yang sedang bekerja.

“ Takkan dia datang sebab aku kot..hish…takde lah..perasan je…hahaha”, hati Alyssa mula bermonolog.

“Cik, kira…”

“Baik, encik..wah, suka betul encik makan kat sini, ye…mesti sedap masakan kat sini kan?” Alyssa mula bergurau.

“ Takde la…”jawab pelanggan itu ringkas dan dia pun berlalu pergi.

Sedang asyik, Alyssa mengemas meja pelanggan tersebut..Tiba-tiba dia terjumpa satu kad di atas meja tersebut. Di atas kad tersebut terdapat tulisan kecil yang bertulis:

Kepada Alyssa,

                                   Saya ingin berkenalan dengan awak…

                                                                                                                 Ikhwan Marzuki…

“Aik..macam mana dia boleh tau nama aku ni?? Ikwan Marzuki..wahhh…CEO Pelangi Jaya Holding la…tapi nape makan kat kedai biase je??” kata Alyssa dalam hati..

Ketika pulang seperti biasa, Munif menjemputnya untuk pulang ke kolej. Munif perasan akan perubahan wajah Alyssa pada hari itu.

“ Ni apsal muka macam jambatan nak roboh je ni?? tengah pikir ape tu, Lyssa” Munif mula megorek rahsia hati gadis kesayangannya itu.

“Erk..takde pape la..Lyssa ok…Lyssa tak sakit pun..hehehe” Alyssa cuba berselindung.

“Kalau ok takpe la…kite pergi ronda-ronda jap nak tak? Makan kat Mcd ke..bukan ape..arini stress la..banyak assignment..jom, jalan-jalan jap” pinta Munif.

Alyssa hanya mengangguk lesu.

Setibanya di Mcd, mereka pun duduk di satu sudut selepas memesan beberapa jenis makanan ringan di restoran tersebut.

“Weyh…kalau ade orang nak berkenalan dengan aku, camne ek? Patut ke aku layan dia?? Hurm..ni kad dia” Alyssa mula bersuara sambil menyerahkan kad nama tersebut kepada Munif.

“Wah…CEO tuuu…ala, boleh je..no probs..tu hak kau…tak salah pun nk berkawan kan??” kata munif sambil menyembunyikan rasa sedih di hati kerana dia dapat agak bahawa lelaki tersebut amat meminati Alyssa.

“Owh..kalau camtu takpe la..aku cume nak mintak pendapat kau je..kau kan kawan baik aku” kata Alyssa senyum.

Beberapa minit kemudian, setelah mereka habis makan, mereka pun pulang dan beredar ke kolej kediaman masing-masing.

Pada kesokkan harinya..

Ikhwan datang lagi untuk makan di kedai tersebut. Semakin lama, dia semakin ingin tahu dan ingin kenal gadis yang sangat diminatinya iaitu Alyssa. Sejak seminggu yang lepas dia menunggu panggilan daripada gadis tersebut. Namun, hampa. Alyssa tidak pernah menghubunginya pun sejak dia meninggalkan kadnya itu.

“Susah sungguh budak ni rupanya ye..” monolog Ikhwan dalam hati.

Alyssa yang perasan dirinya sedang diperhatikan masuk ke dapur. Dia berasa kurang senang dengan tindakan Ikhwan yang merenungnya sejak dari tadi lagi.

“Mana Alyssa??? Saya nak dia yang kira semuanya ni!!” Ikhwan mula menengking apabila kehendaknya tidak dituruti.

Alyssa yang berasa kurang senang mendengar pertelingkahan tersebut, mula keluar dari dapur.

“Awak nak ape encik Ikhwan??” tanya Alyssa lembut.

Dengan pantas Ikhwan menarik tangan Alyssa..

“Jom ikut aku” kata Ikhwan kasar.

“Lepaskan saya encik..encik nak buat ape ni?? tak nak..” ronta Alyssa.

Namun, genggaman semakin kuat memaksa Alyssa untuk menurutinya sehingga masuk ke dalam kereta milik Ikhwan. Pelanggan dan juga rakan-rakan sekerja Alyssa hanya mampu melihat sahaja kejadian tersebut tanpa berkata apa.

“Awak nak ape ni??” tanya Alyssa.

“Nape awak tak hubungi saya?? Saya tunggu awak…nape??” Ikhwan mula bertanya.Namun, tiada jawapan.sepi..

“Saya suka awak..saya sayngkan awak..saya selalu memerhatikan awak..saya tak boleh hidup tanpa awak..tahu tak!!” Ikhwan mula meluahkan segala rasa dijiwa yang dipendamkannya selama ini.

“Saya..saya perlu memikirkannya..boleh awak tolong hantarkan saya balik ke kolej??”pinta Alyssa.

“Ok..baiklah..” kata Ikhwan..akur..

Dua minggun selepas itu, selepas puas dipaksa Ikhwan, Alyssa pun mengambil keputusan untuk mendail nombor yang tertera di kad nama tersebut dan mula menerima Ikhwan dalam hidupnya.

Hari-hari Alyssa terasa indah dengan kehadiran Ikhwan. Dia berasa amat beruntung dan kasih sayang Ikhwan juga tidak pernah luntur terhadap Alyssa.

Namun, Alyssa berasa sangat kosong dan sunyi. Ini kerana sejak dia menunjukkan kad nama Ikhwan kepadanya, dia tidak pernah lagi menegur, malah sudah tidak datang lagi ke kedai untuk mengambilnya pulang. Alyssa mula pelik dan bingung dengan kelakuan Munif. Namun, dipujuk hatinya dengan mangatakan bahawa mungkin agaknya dia sedang sibuk.

Tahun akhir menjelma…

Ini bermakna sudah hampir setahun dia menjalinkan hubungan dengan Ikhwan. Namun, hatinya masih lagi terasa kehilangan. Alyssa cuba untuk menghubungi Munif namun hampa setelah mengetahui Munif telah menukar nombor telefonnya.

Dengan perasaan hampa, Alyssa tetap belajar dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya berjaya menggengam segulung ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam bidang jurusan kimia.

**************************************************

Dua tahun berlalu…

Alyssa akhirnya bekerja di sebuah syarikat terkemuka di Malaysia dan menjadi ahli kimia yang terkenal di syarikat tersebut. Hal ini kerana kebolehan dan ketekunannya dalam menjalankan projek dan juga segala uji kaji yang dijalankan olehnya sering kali berjaya dan membuahkan hasil. Namun, disebabkan kesibukkan yang dialaminya itulah yang menyebabkan hubungan dia dengan Ikhwan mula pudar. Mereka sering bergaduh. Ada saja yang tak kena dengan perbuatannya itu.

Akhirnya, hubungan yang mereka dirikan selama hampir dua tahun itu musnah apabila dia mengetahui di depan matanya sendiri bahawa Ikhwan telah mempunyai perempuan lain selain daripada dirinya. Alyssa sedih, namun dia tabah menghadapinya. Ini kerana dia telah mempunyai kerjaya yang ingin dia dirikan dan juga dia ingin mencapai kejayaan dari semasa ke semasa tanpa menjejaskan kariernya. Itulah keazaman Alyssa. 

**********************************************************

Pada suatu hari..

Sedang Alyssa leka dengan uji kaji yang ingin dilakukannya, bahan kimia tersebut telah berjaya mencederakannya. Hal ini kerana hati dia berasa tidak begitu tenang dan asyik memikirkan tentang masa depan yang bakal dihadapinya kelak. Dengan sepantas kilat, dia dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Setibanya di hospital, Alyssa dimasukkan ke wad kecemasan akibat daripada kecederaan serius yang dialaminya. Lengan sebelah kanannya melecur akibat terkena bahan kimia tersebut. Rawatan yang rapi diperlukan supaya lengan Alyssa pulih semula seperti biasa.

Tiba-tiba…

“Weyh…camne ahli kimia terkemuka ni boleh cedera pulak ni…teringat kat buah hati ke??” kata suara tersebut ketika Alyssa sedang memejamkan matanya. Dia baru saja hendak tidur setelah puas melayan kerenah mak dan juga adik-adikya yang mula risau tentang kesihatannya itu.

“ Aik, macam aku kenal je suara tu” detik hati Alyssa.

Dia pun membukakan matanya dan melihat..

“Munif????”

“ye la..aku..siapa lagi..hahahaha” Munif mula ketawa.

“Wah…dah jadi doktor ye kau sekarang ni??”

“Ye laaa….habis tu aku nak jadi ape lagi…nape kau leh jadi macam ni?? mane Ikhwan?? Aku tak pernah nampak pun dia sejak kau masuk hospital ni??” soal Munif bingung..

“Aku dah putus dengan dia…dia dah ade perempuan lain…” kata Alyssa sedih.

“Hurmm…minggu depan aku nak datang rumah kau..boleh?? dah lame aku tak makan masakan mak kau…” soal Munif.

“Laaa…datang la..bukan jauh pun rumah kau dengan rumah aku…eh..jap..jap…maknanya, minggu depan aku dah boleh keluar wad la ni..yeay..” kata Alyssa gembira.

“Takde lah..Kalau kau, tahun depan baru aku bagi keluar..hahaha” Munif mula bergurau.

Alyssa mula mencebikkan mukanya dan Munif pun berlalu dari situ setelah dia sedar yang dia diperlukan di bahagian yang lain pula. Terubat rindu Alyssa pada Munif. Selama ini, Munif banyak membantu dirinya. Sejak kecil lagi, nama Munif tidak pernah lekang dari lidahnya. Dia juga tidak pernah berenggang dengan Munif. Dia mula sedar yang dia tidak boleh hidup tanpa Munif setelah dia tiba-tiba hilang dari hidupnya. Bersama Ikhwan memang indah, namun dia merasakan bahawa dia tidak dapat hidup tanpa Munif.

***************************************************

Seminggu telah berlalu Alyssa telah dibenarkan keluar daripada wad. Tangannya juga telah pulih namun tidaklah pulih dengan sepenuhnya.

Keesokan harinya, Munif datang ke rumah Alyssa. Namun, kedatangannya itu tidaklah kosong kerana Munif datang ke rumahnya bersama dengan rombongan meminang sekali.

Alyssa menerimanya dengan tulus dan juga dengan hati yang ikhlas.

Dua bulan kemudian mereka pun berkahwin.

“Sayang..abang sayang sangat kat ayang…ayang tahu tak??” Munif mula berkata manis.

“Tak tahu..hehehe” jawab Alyssa bergurau..Munif yang geram dengan Alyssa pun terus mencubit hidungnya.

“Sebenarnya kan…Abang mula suka kat ayang sejak kecik lagi..sebenarnya abang memang dapat tawaran pergi ke oversea tu tapi abang tolak sebab nak satu universiti dengan ayang la..hehehe..” munif berkata malu-malu.

“Laaa…patut la…ayang pun rase pelik nape la abang tiba-tiba ade kat situ pulak...huhu”

“ tu la..pastu hari-hari abang stalker ayang kat kafe tu, kat facebook pun same..tu la abang tau yang ayang masuk hospital tempat abang kerja tu..”cerita Munif ringkas.

“ tapi nape abang menghilang lepas ayang bagitahu pasal Ikhwan tu?”

“ sebenarnya abang bukan menghilang..abang sentiasa tahu pergerakan ayang..Cuma mase tu abang nak ayang bahagia je dengan Ikhwan dan abang memang tahu Ikhwan ade hati dengan ayang. Abang la yang memberitahu Ikhwan nama ayang sebab dia juga selalu nampak ayang balik dengan abang. Dia juga ada tanya abang apa hubungan abang denga dia tapi abang diamkan je. Abang bukan mengalah tapi abang mase tu frust sangat jadi abang belajar bersungguh-sungguh agar satu hari nanti abang dapat menjadi seorang doktor yang terkemuka dan dapat merampas ayang daripada Ikhwan..tapi tak payah rampas pun..Ikhwan dah bagi ayang kat abang..hahahaha” cerita Munif panjang lebar.

“Abang ni kan teruk tau!!” kata Alyssa geram sambil membaling bantal kecik yang berada ditangannya ke arah Munif.

Mereka hidup aman dan bahagia. Setahun kemudian, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan dan mereka sepakat untuk memberi nama Aishah humaira kepada anak mereka tersebut. Kehidupan mereka bertambah berseri dan juga ceria dengan kehadiran puteri kesayangan mereka itu.

*THE END*

1 comment:

mcf said...

Hagagaga.. Nice story.. Tp typical jln cite.. Cm pasni sy nk try letak name card sy cm ikhwan bt.. kekeke