Salam semua..
Ape Khabar?? sehat ke??
harap2x sehat la hendaknyee...
ok
Entri kali ni bertajuk
Kematangan
perlu keee?????
hurmmm..
setiap org dlm dunia ni
mendambakan pasangan yg lebih matang kan??
yg boleh bertolak ansur dalam hubungan mereka
dan saling memahami antara satu sama lain...
dan juga berdikari...
cinta....
Semua org ingin merasa nikmat cinta itu...saya juga tak terkecuali tetapi apekan daya cintaku hanya wujud utk ilahi je mase ni..chewahhh..hehehe...
Selain itu juga, pasangan yg sedang hangat bercinta ini juga perlu berkomunikasi antara satu sama lain yg mana ia dianggap sbg satu medium di mana mereka boleh meluahkan isi hati serta ketidakpuasan hati terhadap pasangan masing2x tetapi perlulah dengan cara yg betul dan juga berhemah agar tidak menyakiti hati pasangan masing2x..
Matang
Alangkah indahnya satu hubungan itu jika disulami dgn sikap saling faham-memahami dan juga berfikiran matang sekiranya pasangan mula menunjukkan sikap tidak puas hati terhadap diri kita sendiri... ya, kadang- kala sikap matang ini juga akan disalah tafsirkan sebagai tidak ambil peduli, tak paham perasaan pasangan, dan juga kadang2x buat pasangan tak faham dgn perangai kita yg mana agak berbeza dgn org lain..
Yang mana org yg berfikiran matang ini dia berfikiran dari semua segi dan juga ada sebab mengapa mereka berfikiran begitu dan juga org yg berfikiran matang ini juga tidak mudah terasa, tidak tersinggung, tidak mudah marah dan juga byk bersabar dlm mengahdapi kerenah pasangan dan juga dalam menghadapi dugaan kehidupan..
bersyukurlah
Bersyukurlah sekiranya kamu telah dipertemukan dgn seorang yg berfikiran dan juga bersifat yang sangat matang...yang faham akan situasi kamu..bukan tahu sikit2x nk marah...tak nak faham situasi org..rase tak disayangi...come on la...bersifat matang lah..jgn asyik nk salahkan org lain...muhasabah diri...ingt tuhan selalu...ya..saya sungguh jelez dgn org yg telah dapat berjumpa dgn pasangan yg sgt matang dan juga memahami dirinya lebih dari dia memahami diri dia sendiri...bukan paras rupa menjadi ukuran...
Yang penting dia faham diri kamu..tahu tanggungjawab terhadap kamu..sentiasa menasihati kamu jika kamu ade membuat salah dan silap, sabar dgn kerenah kamu, bila kamu salah tafsir dia berfikir utk selamatkan hubungan kamu..jika kamu berusaha dia hargai usaha kamu dlm hubungan tersebut dan juga seorang yg dpt membimbing kamu ke jalan kebenaran...
Bagi saya, lebih baiklah LELAKI yang MEMBIMBING perempuan ke arah jalan yang lebih diredhai ALLAH..bukan ape..DIKHUATIRI PEREMPUAN yang tak kuat serta tak cukup KEIMANAN terutama seperti saya ni akan mudah TERJEBAK dan TERJERUMUS ke dalam LEMBAH MAKSIAT ni sbb perempuan hatinya lebih lembut daripada lelaki JIKA DIPUJUK RAYU...hurmmmm~
fikir-fikirkanlah
Fikirkanlah mana yang terbaik buat diri kamu sendiri...sesungguhnya dalam sesuatu hubungan itu, yang penting pastinya ialah saling faham memahami dan aspek kematangan juga penting dalam suatu hubungan itu..jika seseorang itu berfikiran matang dan sentiasa positif, pastinya tidak akan timbul pemikiran yg negatif yg mana hanya memikirkan tentang kepentingan diri sendiri sahaja..mana boleh begitu...di dalam satu hubungan kena ambil tahu tentang apa yg sedang dihadapi oleh pasangan kamu..saling berbincang dan juga saling memahami...
Selain itu juga, faktor ambil hati itu juga penting dalam suatu hubungan itu...ini kerana setiap org juga suka jika hatinya diambil dan juga bercakap dgn nada yg sopan..jadi bila mahu bercakap dgn pasangan haruslah berfikir dulu sblm berkata-kata..namun, jika mahu jd diri sendiri pun boleh..sebab itulah saya mengatakan bahawa faktor saling faham-memahami itu penting...
perkahwinan
Siapa yg tidak mahu apabila satu hubungan cinta itu berakhir di atas pentas perkahwinan?? semua pasangan yg sedang dilamun cinta inginkan hubungan mereka kekal sehinga ke gerbang perkahwinan dan yg mana lebih warak dari segi pemikiran dan juga perwatakan pula inginkan perkahwinan mereka ini kekal sehingga ke SYURGA...wah..siapa yang tidak mahu..hehehe
Namun..di dalam ambang ikatan perkahwinan ini..pada mulanya mmg semuanya manis belaka..namun, di dalam perkahwinan ini juag tidak terlepas daripada satu penyiksaan jiwa dan juga terdapat dugaan yg perlu dihadapi oleh pasangan yg telah berkahwin itu..
Biasalah..lelaki sudah terbiasa dgn perangai bujangnya..tegur perempuan sini...tolong anak dara si jiran sana..bergurau dgn perempuan sinun..si isteri pula berendam air mata melihat perangai suami..cemburu melanda di jiwa..suami si kekasih hati dilihat bermesra dgn perempuan lain..ditabahkan hatinya..hanya mampu berdoa dan merintih kpd tuhan...
Isteri pula, bila disuruh masuk dapur...ajak pergi makan kat luar..rumah tidak teratur...diri tidak lagi berhias seperti mana zaman dahulu kala ketika masih bercinta...terdetik di dalam hati suami ingin mencari lain..haish..jgn berfikiran bergitu..biasalah mahu menyesuaikan diri dalam hidup berumah tangga...
Oleh sebab itu...di dalam perkahwinan ini....bukan kehenseman dan kecantikan yg penting..bagi perempuan..pilihlah lelaki yg BERAGAMA dan juga MATANG dari segi pemikiranya agar dapat menjadi seorang ketua keluarga yg baik serta ayah yg dpt membimbing anak2x ke jalan ALLAH yg mana pandai mengaji, sembahyang tak tinggal...jika seorang LELAKI tahu tentang AGAMA, secara automatik dia juga akan menjadi seorang yg sgt BERTANGGUNGJAWAB, SABAR, MEMAHAMI dan juga seorang yg sgt PENYANYANG sbb dalam AGAMA telah diterapkan semua tu...
Bagi LELAKI pula, pilihlah perempuan yg BERAGAMA dan berfikiran matang juga...supaya dpt membetulkan apa yg kurang..lebih berdikari dan juga dpt melahirkan ZURIAT yg SOLEH dan SOLEHAH serta SABAR dalam mendidik anak2x....seorang perempuan yg BERAGAMA ini juga secara automatik akan faham tentang TANGGUNGJAWAB terhadap SUAMI...
jadi marilah sama-sama kita fikirkan
apakah kematangan itu penting??
fikir2xkan dan selamat beramal
Marilah kita bersama-sama menuju ke arah kebaikan dan menjadi lebih matang ^___^V
1 comment:
Marilah kte sama2 'matang' yea.. Hehe.. Nice thinking.. Jrg pmpuan bfkrn cm2.. Same as i thought before this.. Make sure u hold this 'thought' ^_^
#by d way, xperlu seram dgn sy k..hehe..ske bc pdpt owg
Post a Comment