Salam semua...
Pada hari ini, aktiviti aku terisi dengan mengikuti adik aku untuk menghadirkan diri di dalam program
Debat Piala Perdana Menteri Antara Institusi Pengajian Tinggi 2012...(jadi penonton okeh..hahaha)...
Aku pun ikut je la dia kan..adik aku juga merupakan ahli kelab debat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) merangkap Timbalan Naib Yang dipertua MPP UPNM...huhu..yeee...dia mmg hebat..dia je la..aku tak..hahahaha...
Untuk pengetahuan, yang kitorg pergi tengok ni dah masuk peringkat ketiga...seronok gila tengok debat tadi..tajuk yang diusul pada pihak Kerajaan adalah " Bagi Mempromosikan Kenderaan Awam, Harga Kereta Baru Patut Di Naikkan"...Fuhh..bile aku tgk tajuk je aku memang dah rase pihak pembangkang yang akan menang sebab aku mmg tak sokong kalo harga kereta dinaikkan...wakakakaka..=P
Pihak kerajaan diwakili oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP) manakala pihak pembangkang diwakili oleh Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM)....
Hurm...dgr cerita UPNM dah menang 2 pusingan dan kalah kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada pusingan yang lepas..syabas UKM...aku tetap sokong UKM wlpn mase aku tgk pusingan ketiga tu takde UKM pon..hahahaha...
Okeh...berbalik kepada tajuk usul yang mereka bentangkan iaitu " Bagi Mempromosikan Kenderaan Awam, Harga Kereta Baru Patut Di Naikkan", Pihak Kerajaan (UMP) banyak mengemukakan isu mengenai kenaikan cukai yang mana ia nmpknya telah begitu terpesong dan lari daripada tajuk usul yang diberikan...tetapi sebenarnya memang benar kata-kata hujahan mereka itu kerana pihak kerajaan mana boleh sewenang-wenangnya menaikkan harga kereta..itu hak company jual kereta tu punya pasal la kan dan oleh sebab itu pihak kerajaan mengusulkan tentang isu kenaikan cukai ini...Terdapat 3 indikator yang dipegang oleh pihak kerajaan bagi memperkuatkan hujahan mereka itu..1) keselesaan 2)menjimatkan wang 3) kesesakan lalu-lintas...namun begitu, tidak nampak langsung yang mereka berpegang kepada 3 indikator tersebut..tak abis2x mereka sebut pasal cukai dan menjaga alam sekitar..Oleh sebab itu, amatlah mudah bagi Pihak Pembangkang (UPNM) untuk membangkang usul dan juga mematahkan lagi hujahan mereka itu...
Pada pihak pembangkang (UPNM) pula, hujah2x yang diberikan juga amat mantap untuk membangkang dan juga menolak usul kerajaan tersebut...terdapat 3 indikator yang dipegang oleh pihak pembangkang untuk menolak usul tersebut, antaranya ialah 1)menjimatkan masa 2)aksesibiliti 3)memudahkan pengguna. Nampaknya pihak pembangkang telah menggunakan kesemua indikator ini dan dalam pada masa yang sama, mereka juga telah berhujah dengan baik untuk membangkang dan juga membantah usul tersebut..Pihak pembangkang juga telah menggemukakan hujah dengan baik dan juga dapat membangkang setiap patah perkataan dan juga isu serta usul yang dinyatakan oleh pihak kerajaan dengan begitu mantap sekali..hal ini kerana pihak kerajaan telah tersalah langkah dan juga telah mengemukakan isu yang agak terpesong sedikiti daripada tajuk yang diberikan. Pihak pembangkang juga telah mengemukakan persoalan tentang perkaitan contoh yang diberikan oleh pihak kerajaan yang mana mereka telah memberikan contoh di mana Russia telah berjaya menggunakan teknik ini..Namun, adakah sama Malaysia dengan Russia?? fikir2xkanlah...(hahaha..mcm aku pulak yang membangkang)..
Oleh sebab hujah pihak kerajaan yang tidak dapat memuaskan hati 2 orang juri hakim pada hari ini, maka pihak juri hakim memilih pihak Pembangkang sebagai Pemenang pada pusingan ini..Tahniah UPNM untuk kejayaan kali ketiga ini..hehehe...
Manakala pendebat terbaik pula diberikan kepada salah seorang pendebat di pihak kerajaan..Tahniah buat UMP juga sebab dpt best speaker pada hari ini..bagi aku budak tu mmg ok...dia ckp ade isi dan mmg ade isu yang mantap untuk dipamerkan..dia tak merapu mcm 2 kwn dia tu..hahahaha...(jahat giler aku ni..huhu)
Tapi bagi aku kan, debat ni kalo jadi kerajaan mmg susah lah dan memang masak laaa...sape yang jadi pihak kerajaan tu kene betul2x berpegang pada tajuk dan perlu mengemukakan fakta dan juga usul bagi memantapkan lagi hujah mereka...kalau tak, mmg pihak pembangkang la yang akan menang sebab pihak pembangkang ni tau bangkang je la tapi mesti ade fakta yang betul dan hujah2x yang diberikan juga perlulah mantap juga kan..huhuhu....
So, memang seronok giler tgk debat ni...ini belum lagi pusingan akhir ni..kalau pusingan akhir mesti lagi mantap dan lagi PANAS..PANAS..muahahaha...best2x...kawan2x adik aku yang merupakan budak2x kelab debat juga semua sporting2x belaka..kalau diorg tu sebaya aku mesti aku dah mintak no tepon dah..muahaha..tapi apekan daya..adik2x je semua tu..semua spoting termasuklah jurulatih diorg...best sgt...tapi mmg aku dpt lihat yang pendebat UPNM kali ni sgt2x mantap..well done adik2x...huhuhu..
Hurm..aku rase UKM pon mantap juga...cuma tak tgk tadi...hehehe...nmpk Pendebat Terbaik UKM pada suatu mase dulu tadi tapi malas aku nk tegur sbb malulah...aku mmg same asasi dgn dia dulu tapi aku kenal dia, dia tak kenal aku...ye la..sape lah aku..muahahaha..Jadi, majulah pendebat untuk IPT masing2x ye...semoga berjaya semua =)
No comments:
Post a Comment