Wednesday, April 25, 2012

Surah Al-Waqiah

salam


Tips 1: Hidup Tidak Rasa Sunyi Gaya Surah al-Waqi'ah.


Suka saya sebutkan di sini, ini bukanlah pentafsiran semula ayat al-Quran atau cubaan untuk mentafsirkan ayat al-Quran. Ini adalah interpretasi atau mengambil inspirasi dan intipati dari tafsir Surah al-Waqi'ah yang sedia ada sahaja.


Mukaddimah, Surah al-Waqi'ah mengandungi 96 ayat. Jika anda perhatikan ayat 1 hingga ayat 6 adalah ayat mengenai hari kiamat. Allah menceritakan bagaimana bumi ini digoncang, gunung-ganang yang selama ini begitu gah berdiri boleh hancur lebur dan menjadi debu berterbangan dengan izin Allah. Dengan peringatan pembukaan surah ini sahaja sudah menggerunkan hati kecil kita. Tak sempat untuk kita merasa sunyi atau keseorangan bila fikirkan dahsyatnya hari kiamat. Itu tips pertama. Gerunkan dahsyat kiamat Allah, menghapus sunyi dalam hati.


Kemudian, dari ayat 7 hingga 10, Allah menceritakan bahawasanya nanti manusia akan dibahagikan kepada tiga golongan besar. Iaitu, أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ "Ashaabul Maimanah" yakni puak pihak kanan yang dikaitkan dengan bahagia, أَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ "Ashaabul Mash-amah" sebagai puak pihak kiri yang dikaitkan dengan seksa, dan puak yang ketiga pula ialah وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak). Ini adalah golongan penting yang patut kita ambil cakna. Tanya diri, kita berada di dalam golongan yang manakah?




Tips 2: Hidup Single Siap-Siaga Gaya Surah al-Waqi'ah


Menariknya, ayat 11 hinggalah ayat ke-40 (hampir separuh surah) menceritakan tentang nikmat-nikmat yang menunggu golongan bahagia dari puak kanan "Ashaabul Maimanah" dan "orang-orang yang telah mendahului" di syurga kelak. Orang-orang yang bahagia ini adalah orang-orang yang beriman pada Allah meskipun tidak melihat Allah. Beriman dengan perkara-perkara ghaib meskipun tidak pernah melihat dengan mata kasar. Percaya dan beriman dengan Rasulullah SAW meskipun tidak sezaman dengan Baginda. Bukan saja lafaz percaya dengan lidah, tapi hati mengiyakan, perbuatan melaksanakan.


Ketika single inilah kita ada banyak ruang dan masa untuk melaksanakan perintah-perintah Allah dan Rasulullah. Kita tidak terikat dengan sesiapa, cuma terikat dengan keluarga sahaja. Namun, perintah Allah "birrul waalidain" (berbuat baik terhadap orang tua), wajib kita penuhi samada ketika single hatta ke akhir hayat. Ketika berseorangan inilah, hati tampak lebih tenang. Tidak ada tanggungjawab seberat tanggungjawab seorang suami terhadap isteri dan keluarganya, atau tanggungjawab isteri terhadap suami dan anak-anaknya. Ketika berseorangan inilah, mampu bertenaga untuk bangkit di waktu malam untuk qiyamullail dan bertahajjud. Ada masa untuk hafal al-Quran walaupun seminima separuh muka surat sehari. Ada masa untuk berzikir walaupun hanya 100 kali lantunan "Subhanallah wa bihamdihi" setiap hari yang dijanjikan mendapat keampunan dosa menurut sebuah hadis yang sahih. 


seterusnya sila baca di :  http://selamattinggal.blogspot.com/2012/03/hidup-gaya-surah-al-waqiah.html (segalanya di copy and paste di sini juga) sekian..

2 comments:

michiko_abdul razak said...

Thanks akma.. Share kn ttg kebaikan surah al-waqiah..nanti k.nana bgtau ada rahsia surah ni..

~~faizatul akma~~ said...

ur welkam kak nana...owh..hehe..thanks gak kak nana coz gtaw rahsia lain bg surah ni..hehehe