"Aku mengabdi kepada Allah bukan kerana takut kepada neraka, bukan pula ingin masuk syurga.. tetapi aku mengabdikan diri kerana cintaku dan rinduku padaNya. Tuhanku jika kupuja Engkau kerana takutkan neraka bakarlah aku di dalamnya. jika kupuja Engkau kerana mengharapkan syurga jauhkanlah aku daripadanya, tetapi jika Engkau ku puja semata-mata kerana Engkau maka janganlah sembunyikan kecantikanMu yang kekal dariku.” -Rabi'atul Adawiyah-
Firman Allah dalam An Nisaak: 110.
Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Juga dalam Yunus: 27.
Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding(setimpal) dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi mereka pelindung dari (seksa) Allah; muka mereka (hitam legam) seolah-olahnya ditutup dengan beberapa bahagian (yang gelap-gelita) dari malam yang gelap-gelita. Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.
sumber: http://emjayjb.multiply.com/journal/item/159
dan
No comments:
Post a Comment